@polis.kuantan: 🚨 OP BERSEPADU LUARAN HMPV BSPTD KUANTAN 🚨 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuantan telah melaksanakan Op Bersepadu Luaran bersama JPJ Pahang dan IPD Kuantan pada 11 hingga 12 Julai 2026 di Jalan Tun Ismail, Kuantan. Sepanjang operasi dijalankan, 98 buah kenderaan telah diperiksa melibatkan 76 buah kereta dan 22 buah motosikal. Hasil pemeriksaan, 81 notis kesalahan trafik telah dikeluarkan oleh PDRM, manakala 2 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. JPJ Pahang turut mengeluarkan 107 notis kesalahan serta menyita 3 buah kereta dan 1 buah motosikal. Pemeriksaan mendapati majoriti pengguna jalan raya yang diperiksa berada dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun. Masyarakat hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, mengelakkan pengubahsuaian kenderaan yang menyalahi peraturan serta mengutamakan keselamatan ketika memandu dan menunggang. 🚔 Patuhi undang-undang jalan raya. ❤️ Sayangi Diri, Sayangi Keluarga. PDRM Sayang Anda. #SedarTrafikGPTSmartPDRM #PolisTrafikKuantan #JSPTPahang #IPDKuantan #OpBersepaduLuaran