@b.teyhabeautyspasalon: Assalamualaikum & salam sejahtera. Untuk makluman semua pelanggan yang dihargai, terdapat pihak yang menyamar sebagai pihak salon kami dan cuba membuat urusan tempahan (booking) sehingga menyebabkan pelanggan menjadi mangsa penipuan. Harap ambil perhatian: ✅ Semua urusan booking slot hanya melalui nombor rasmi kami: 011-1133 6190 ✅ Kami tidak menggunakan nombor lain untuk membuat tempahan atau menghubungi pelanggan. ✅ Sila jangan membuat sebarang pembayaran atau memberikan maklumat kepada nombor yang tidak dikenali yang mengaku sebagai pihak salon. Jika anda menerima mesej atau panggilan yang mencurigakan, sila hubungi kami terus di 011-1133 6190 untuk pengesahan. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan sentiasa mengutamakan keselamatan pelanggan kami. ❤️ – B.TEYHA BEAUTY SPA & SALON #bteyhabeautyspasalon #salonkelantan #fyp