@camilianera: Ingatkan dia nak mintak makanan. Mula-mula kami bagi kibbles, dia buat tak tahu je. Tetap juga menonong ikut kami balik dari brisk walk. Kami stop lagi, bagi air. Dia bau kejap, lepas tu sambung ikut belakang. Saya pun cakap dekat suami, “Dia nak ayam tandoori saya ni kot?” (Kebetulan masa tu ada tapau ayam tandoori, tak sempat makan lagi). Kami pun berhenti lagi sekali sebab nak bagi ayam tu. Dah letak elok-elok, dia cuma cium je lepas tu jalan lagi! Geram eh, tahu macam tu tak bagi... Dah lah mahal, tak pasal-pasal membazir tak dapat kutip balik! 🥹🤣 Lepas tu saya borak lagi dengan suami, "Jangan-jangan dia ni nak minta kita bela tak?" Suami terus jawab, "Nak bela macam mana, nanti bergaduh dengan Shiva (kucing kami) kat rumah, malaikat pun tak masuk." Akhirnya semua diam, dan teruskan berjalan beriringan dengan anjing ni. Sampai je dekat selekoh nak masuk rumah kami, anjing ni terus bawa diri ke arah lain. Rupa-rupanya... dia langsung tak nak makanan atau nak minta bela. Dia cuma nak ‘teman’ dan hantar kitorang balik rumah dengan selamat sebab dah lewat sangat weh. 🥺 Kenapa saya cakap anjing ni tahu berterima kasih? Sebenarnya dia memang kenal kitorang sebab kitorang selalu brisk walk area situ. Tapi sebelum ni, tak pernah sekali pun dia ikut kitorang, apatah lagi nak hantar sampai ke rumah. Ada cerita di sebalik ni. Kali terakhir kitorang jumpa dia sebelum kejadian ni, dia tengah jaga kawan dia yang luka parah (injured with big wound). Masa tu dua hari berturut-turut kami bagi mereka makan minum. Hari first jumpa dia dan anjing injured tu saya doa dalam hati supaya ada yang tolong anjing injured tu hantar ke vet sebab seberang jalan tu tempat orang main badminton/pickleball so ada orang ramai 😣 Rupanya hari kedua kitorang jumpa lagi dan keadaan masih sama… so saya post kat Thr3adz untuk minta bantuan sesiapa yang boleh rescue, sebab masa tu kami tengah brisk walk dan tak bawa kereta. Lepas hari tu tak jumpa dah, I assumed ada yang dah tolong… then lebih kurang seminggu lepas kejadian kitorang terjumpa balik, tapi dia sekor ni je la, terus dia temankan kitorang balik. Bila dah sampai rumah, dah nak tidur baru terfikir... rasanya tindakan kecil kami hari tu mungkin bagi makna yang besar buat anjing ni dan kawan dia. So bila dia hantar kitorang balik ke rumah ni sebenarnya dia seolah-olah nak cakap “Terima kasih sebab pernah bantu saya dan kawan saya hari tu”.
Sophie Faudzi
Region: MY
Sunday 12 July 2026 21:23:24 GMT
Music
Download
Comments
:
pernah pulihkan kaki anjing yang patah, pastu dia datang tarik kotak ingatkan dalam tu ada apa, rupanya ada anak dia 2 mati 3 hidup, then saya bagi susu utk anak dia lepas pada bagi susu, dia bawak lagi sekor jantan.. then saya bingung knp dia ngan anak dia pergi then yang jantan tu stay rumah saya.. rupanya malam tu rumah saya hampir kena rompak tapi disebabkan ada anjing so, perompak lari sebab kena gigit... ntahla bersyukur sangat Allah hantar cara tu untuk lindung sekeluarga... manusia hanya tahu menyakiti tapi haiwan lagi bijak membalas budi 🤍
2026-07-15 00:56:24
17522
Azza🥰 :
bestnya ada anjing pengiring..rasa selamat.letak laa nm dkt dia..
2026-07-13 07:27:51
5217
•aIu尺モㄥ乙や :
kalau la anjing tak haram untuk di pelihara🥰
2026-07-15 06:56:56
6408
pyna ✿ :
Nangis tngk ni tapi anjing area rumah aku suka curi kasut aku …skrg bnyk kasut sblh lain”
2026-07-15 19:59:29
1666
tiny_fern 🐛 :
it will protect you
2026-07-19 14:40:52
0
najwa :
awww🥹🥹
2026-07-20 00:17:51
0
Mama Aliah :
Anjing sekali kita beri makan dia ingat kita sampai bila-bila. Dia jaga kita. Anggap kita tuan dia.
2026-07-13 07:20:11
2681
aisy :
dia teman saya skrg ni ha 🥹
2026-07-17 19:50:05
102
Ayie :
best kan feel ni.. saya selalu rasa.. sebab saya selalu bagi makan kat anjing kucing burung.. ade kisah ni , stiap pagi saya selalu bagi makan dekat 5-6 ekor anjing ni.. mmg 1-2 tahun bagi makan.. one day , ada anjing liar kejar saya , mmg hmpir nk kena gigit dgn anjing tu .. apa jadi? 6 ekor anjing yg selalu saya bagi makan , trus serang anjing liar tu.. feel die mmg best wooo.. ada pepatah, 3hari kite bagi makan , 3tahun die boleh ingat kita.. 🥰.. ni baru anjing , belum burung gagak lagi , burung gagak boleh ckp 50-100burung terbang datang ke saya , sebb tggu roti saya bagi.. da macam Itachi.. MANGEKYOU SHARINGAN..😂
2026-07-17 16:59:30
91
prodigy :
Anjing itu sebenarnya tidak haram, lebih kurang seperti kucing. Islam tidak pernah melarang kita untuk memelihara anjing, tetapi Islam hanya melarang kita untuk menyentuh atau lebih mudah nak faham "bermanja" dengannya bak haiwan peliharaan, sebagaimana kita bermain dan bermanja dengan kucing. Larangan-larangan terhadap anjing itu adalah untuk mengekalkan kesucian kita yang diperwajibkan solat 5 waktu 1 hari, sebenarnya tidak haram untuk menyentuh anjing, tetapi mazhab Syafi'e meletakkan hukum haram secara langsung untuk memudahkan kehidupan kerana interaksi kita dengan anjing memang akan menyusahkan kehidupan seharian. Selepas menyentuh anjing kita harus membersihkan bahagian yang tersentuh menggunakan air mutlak dengan teliti sekali. Zaman sudah berubah, pada zaman dahulu anjing sangatlah najis, mereka makan bangkai, sampah sarap, bahkan najis sendiri dan sebagainya, mereka juga tidak membersihkan badan mereka sepertimana kucing membersihkan badan sendiri, oleh itu yang haram sebenarnya bukanlah anjing itu semata-mata, tetapi air liurnya dan bulunya yang mengandungi najis dan kotoran-kotoran, perkara itu memang berlaku sehingga zaman ini, tetapi zaman sekarang sudah berubah, kita boleh mendidik anjing-anjing dan ia tidak mustahil untuk orang Muslim memelihara anjing, tetapi tujuannya haruslah jelas, jika sekadar untuk pertemanan atau "companionship" kucing kan ada, anjing memang dimanfaatkan sebagai pembantu sejak zaman dahulu, para sahabat juga ada yang memelihara anjing untuk menjaga ladangnya, hadith juga mengatakan bahawa sesungguhnya anjing itu ialah teman yang setia. Jikalau puan hendak memelihara itu bergantung kepada puan, cerita ini menyayat hati saya sehingga saya pun mempunyai urgensi untuk membelanya.
2026-07-20 07:31:27
17
Syaf :
my lect once share dengan kitorg the fact that sbnarnya anjing yang haram tu lebih mulia dari kitorg, why sbb dia everytime dia akan bezikir kepada Allah but how about us, a human being kadang ii solat tinggal n sbgainya. my lect also said that we keep judging people that we forgot the kuasa of doa. instead of you see someone and judge her/him why not pray the best for her/him. doa adalah senjata yang paling kuat, kalau setiap hari dia jumpa dengan 100 org and setiap org tu doakan dia manatau dia berubah sbb kita tak tau doa sape yang makbul. same to animals, yg banyak abuse animal, manusia sdgkan manusia diberi akal. so berbuat baikkah dengan semua makhluk sbb kita tak tau doa mana yg Allah akan makbulkan. "kalau tak mampu jadi org baik jangan jadi org jahat" 😁
2026-07-15 13:23:51
68
dw.dbrh :
me reading the comment section
2026-07-19 06:51:21
12
🤪 :
Time duk rumah lama slalu sengaja simpan lauk nak bagi dekat diorg, nak beli lauk khas tk cukup bajet. Mula2 masing2 takut, aku takut ngn diorg pun takut ngn aku 😂 eh lama2 siap jaga rumah lagi. Pagi2 tggu aku gi keje baru diorg blah pegi cari makan kut? Diorg hafal jadual pegi n balik aku 🥹 tp tu lah sejak2 pindah masuk rumah baru tk sempat nakgi jenguk diorg smp lah ada 1 hari ritu diorg dtg cari dekat tmpt kerja. Yes, diorg carii. Terkejut ya tk sangka boleh jumpa aku 😭 ngam time tu kluar toilet ternampak dia tenung je dekat pagar tepi ofis 😭❤️kalau la time tu bwk fon mmg aku dah rekod 😭😭
2026-07-17 17:39:35
51
𐙚 Isyaazulqiflee :
eeee tak bolehh laaa..terus mengalir air mata ..kadang2 haiwan lebih menghargai bantuan kita berbanding manusia🙏😭
2026-07-15 13:20:14
54
meow :
saya penah bg mkn anjing bunting sampai beranak.suatu haei dia dtg perut dah kempis..suami tnya mna ank kamu..esoknya dia dtg angkut 10 puppies letak dpn gate rumah kami.tunjuk ank2 dia kt kami😂😂
2026-07-18 04:10:14
25
CINTA0 :
ekor dia goyang ii maknanya dia happy dia suka awk 😍 comelnya dia ikut sampai rumahhhg
2026-07-14 00:52:26
79
urbf. :
yng disangka haram lebih sopan dari yang menyangka🤭
2026-07-15 04:32:31
68
Sayra | Meaningful Life :
Anjing pun lagi sweet dari manusia 😭
2026-07-15 15:15:39
9
mmy darie 🦖 :
terima kasih org baik 🥺
2026-07-14 03:40:54
7
"Glow Up, Woman" :
hrm... klu lah anjing halal TK haram
2026-07-19 04:56:51
39
𝓡𝓸𝓼𝓼𝓸̤̮ :
Lain kali bg je duit..dia nk beli rokok ke apa
2026-07-14 00:44:12
1705
🐻❄️AQIL☁️ :
anjing pun pandai daripada kwn aku.
2026-07-17 15:48:53
14
Survetles :
Pernah bagi makan anjing liar, 2 minggu kemudian saya pegi temuduga kerja di syarikat elektronik, awak tau sapa yg temuduga saya?? Yup btl, rupanya anjing tu CEO syarikat tu😬
2026-07-17 13:16:43
1090
Symri :
Tgok ekor anjing tu pun sdh tahu, dia mmg mau ajak jadi kwn
2026-07-19 02:37:48
152
To see more videos from user @camilianera, please go to the Tikwm
homepage.