@suara.anak.pahang: PSAP hantar memorandum kepada Sultan Pahang, bantah projek ‘tapping right’ sawit di HSK PEKAN: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) bersama Gabungan NGO Pahang hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung projek pengeluaran hasil tanaman kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) seluas kira-kira 7,550 hektar yang didakwa sudah diluluskan di sebuah daerah negeri ini. Memorandum bantahan setebal 97 muka surat tersebut dihantar ke pejabat Majlis Kesultanan Pahang di Istana Abu Bakar di sini. Dokumen tersebut turut diserahkan kepada pejabat Menteri Besar, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang. Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli mendakwa, projek 'tapping right' kelapa sawit tersebut bukan sahaja boleh mengancam ekosistem hutan simpan, malah bercanggah dengan prinsip kelestarian alam sekitar yang menjadi tunjang pembangunan negeri. “Memorandum bantahan rasmi ini menuntut agar kelulusan projek itu disemak semula secara menyeluruh. Kami menekankan bahawa suara rakyat mesti didengari dan sebarang keputusan yang melibatkan kawasan HSK tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa tanpa rundingan awam. "PSAP dan Gabungan NGO Pahang berharap ia menjadi titik tolak kepada tindakan segera pihak berkuasa negeri untuk membatalkan kelulusan projek tersebut dan menggantikan dengan pelan pembangunan alternatif yang lebih mesra alam dan memberi manfaat langsung kepada rakyat luar bandar,” katanya di sini hari ini. Mengulas lanjut, Haslihelmy mendakwa, projek itu menimbulkan persoalan besar tentang ketelusan dan keutamaan kerajaan negeri serta apakah asas kelulusan diberikan. “Adakah kajian impak alam sekitar (EIA) sudah dijalankan secara telus? Siapakah pihak yang mendapat manfaat utama daripada projek ini, rakyat atau syarikat tertentu?. “Adakah kerajaan negeri benar-benar mengambil kira titah Sultan Pahang yang menekankan kepentingan menjaga kelestarian hutan dan sumber asli? Mengapa projek sebesar ini diluluskan di kawasan HSK, sedangkan negeri Pahang sudah pun kaya dengan ladang kelapa sawit sedia ada?,” soalnya. Beliau berkata, PSAP akan terus berdiri teguh mempertahankan hutan simpan dan menuntut keadilan, ketelusan dan kelestarian, bukan keuntungan jangka pendek yang merosakkan bumi Pahang serta hutan simpan.@Kesultanan Pahang @tokwan #suaraanakpahang #jabatanhutanpahang #kesultananpahang #pahang1st #sprmpahang

SUARA ANAK PAHANG
SUARA ANAK PAHANG
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 13 July 2026 08:23:36 GMT
27272
478
26
124

Music

Download

Comments

nasirbayu1094
nasirbayu1094 :
Pi mai pi mai tang tu.. Cerita tu lagi lawak lah aku rasa.. 🤣🤣
2026-07-13 11:00:19
8
lie69866
lie :
lantikkan british mrmang tak boleh pakai
2026-07-16 05:56:13
2
kakl1510
madame moissel :
lawan lawan lawan.....jangan marah org lain kalau kita kena tindas tp kita tak melawan.. !!!!!!
2026-07-16 15:17:37
0
arepit1989
Arepit89 :
kawasan bera ke bang..skrg dorg tgh masuk ambil hasil sawit org asli dgn penduduk tempatan
2026-07-15 10:52:44
1
suesaharudin770
sue :
mantap
2026-07-14 05:24:12
2
mentari.senja867
Mentari Senja :
#sprm siasat btl2,, good luck..👍👍
2026-07-13 14:47:37
1
bhkisan
𝐁𝐚kis𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 :
💪💪💪👍
2026-07-13 14:15:11
0
slleh468
slleh468 :
tak
2026-07-13 15:49:57
0
muhdyusufyusuf59
muhdyusufyusuf59 :
memang terbaik lah
2026-07-13 12:35:45
0
mohammad.kamarudd3
Mohammad Kamaruddin :
kenapa kerajaan x bagi pada state agency yg menguruskannya supaya pulangan hasil akan dapat kepada kerajaan semula....
2026-07-13 09:41:09
9
muhdyusufyusuf59
muhdyusufyusuf59 :
anak2 Pahang bangun dari tidur kita bersatu semua
2026-07-13 12:36:54
7
uncle4903
uncle :
benda dh tanam x perlu dibahas kelestarian n lain2... kecuali belum d usahakan... persoalan nya kenapa boleh lulus.. sepatutnya bg kt kerajaan negeri Lh...
2026-07-13 10:27:38
7
zaimiahmad389
mie :
topping right kat Rompin pun kena periksa balik...ada individu guna nama persatuan tapi hasil ambil peribadi
2026-07-13 12:13:40
7
mr.hamzi81
Mr Hamzi :
tanam sawit tanah kerajaan.. mmg salah la
2026-07-13 09:36:58
1
muhdyusufyusuf59
muhdyusufyusuf59 :
mantap lah saya sokong dari belakang
2026-07-13 12:35:39
0
ramanbm
Ramanbmt :
buat report polis dan SPRM
2026-07-13 12:37:03
0
user2922228734260
user2922228734260 :
terbaik apa pun masalah anta pd sultan pahang biar raja yg tahu masalah rakyat bukan kerajaan yg kaki rasuah tidakahu amik berat hal rakyat yg dia tahu sakau sakau utk kepentingan dia
2026-07-17 05:42:58
0
izzahizzwanie13
Nurul Izzah :
luas ye syarikat mn yg ceroboh&tanam dahulu luas2 mcm tu ble kena pemutihan mula la gelabah
2026-07-13 08:32:41
2
kimieameerah
adriana khoo :
👍👍👍👍
2026-07-13 11:08:10
0
hisham__74
_hisham74 :
👍👍
2026-07-13 12:16:18
0
zaharydaud
Ayie sungai belat :
🥰🥰🥰🥰🥰
2026-07-16 04:27:06
0
sengkalatkuda
Viper :
👍👍
2026-07-13 12:48:12
0
zull5912
zull :
👍👍👍👍
2026-07-13 09:05:51
0
bahchongsayang
bahchongsayang :
👍👍💪💪
2026-07-14 15:43:39
0
To see more videos from user @suara.anak.pahang, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About