@nogoripost: ‘Jika tak boleh menang, jangan sembunyi', Anthony cabar BN, Pas berterus terang SEREMBAN : Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang berbunyi "If you cannot win, you can still make your enemy lose" disifatkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai petunjuk wujudnya usaha politik bagi menjatuhkan Pakatan Harapan (PH), Menurut Anthony, Barisan Nasional (BN) dan Pas digesa berterus terang sekiranya benar mempunyai kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16. Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, jika benar terdapat persefahaman antara kedua-dua gabungan itu, maka perlu dijelaskan secara terbuka kepada rakyat khususnya pengundi bukan Melayu. "Mana-mana pihak hendak bekerjasama, itu adalah hak parti masing-masing, tetapi kena berterus terang kepada rakyat. "Kalau mereka nak bekerjasama dengan Pas itu hak mereka tetapi berterus-terang, biar kita lawan masuk gelanggang dengan satu pendirian dan gambaran yang jelas, jangan ada apa-apa cara menyembunyikan seperti berlaku di Johor (PRN Johor)," katanya kepada pemberita pada Majlis Pengumuman Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang di sini hari ini. Jelas beliau, kenyataan yang dimuat naik Annuar Musa di Facebook memberi gambaran bahawa strategi itu digunakan pihak lawan untuk memastikan PH tewas walaupun parti itu tidak mampu memenangi pilihan raya. "Sebagai contoh Annuar Musa menulis, ‘If you cannot win, you can still make your enemy lose' (Jika anda tidak boleh menang, andamasih boleh membuat musuh anda kalah). "Mereka tak boleh menang pun, tapi nak mengalahkan PH, mereka menggunakan proksi. Ini pendekatan jelas yang digunakan dalam PRN Johor itu sebabnya banyak kerusi mereka tak letak calon dan mengarahkan penyokong mereka mengundi calon BN," katanya. Beliau berkata, Pas dan pihak lawan dijangka akan terus memainkan naratif yang menyalahkan DAP bagi setiap isu yang timbul di negeri ini sepanjang tempoh berkempen. "Apa sahaja berlaku nanti akan dikatakan salah DAP. Kempen seperti ini sebenarnya sudah pun bermula dan kita menjangkakan ia akan terus dimainkan sehingga hari pengundian,” katanya. Beliau turut mempersoalkan pendirian parti-parti komponen BN, khususnya MCA dan MIC sekiranya benar wujud kerjasama dengan PN. "Saya mahu tahu apakah pendirian MCA dan MIC. Jangan sorok-sorok berikan satu gambaran yang jelas kepada rakyat,"katanya. Semalam, media melaporkan Pas mengakui sedang mengadakan rundingan dengan BN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, perbincangan antara kedua-dua pihak sedang berjalan dan menunjukkan perkembangan yang positif. #nogoripost #phdap #bnpasmcamic #prn16 #calon
Nogori Post
Region: MY
Monday 13 July 2026 08:59:21 GMT
Music
Download
Comments
Nabilrazak :
Strategy party masing2 yang kau sibuk ape pasal?
2026-07-13 16:27:11
680
black~rose :
aku org PAS..kalau ph lwn bn aku undi bn
2026-07-14 00:33:49
276
Six E :
n9 jom follow sabah dan johor
2026-07-13 15:37:40
241
mansormuhammad :
dia dah goyang
2026-07-13 11:38:09
330
Lee :
hak mereka kenapa perlu dipertikaikan...xperlu soal jawap...itu dia punya hal laaa...apa mau tau 😅
2026-07-13 10:58:44
150
Norzrin Awang :
kita tengok dia sudah gelabah😁😁😁😁😁
2026-07-14 00:02:44
149
Jagindas :
Menang PRU salah kan govt terdahulu.
Kalah PRN salahkan BN dan PAS
ini lah siakap DAP.
2026-07-14 02:13:17
133
bulan :
sibuk je hal parti org lain.jg la parti sdri
2026-07-13 17:07:24
101
armada seberang :
kenapa dia sibuk dengan pas..pas bkn kerajaan
2026-07-14 03:22:29
299
MAMA INTAN :
Tak senang tengok orang lain bersatu
2026-07-14 00:20:46
64
palataw :
sudah goyang ka apek😂
2026-07-13 15:53:07
99
@#m4d :
berehat PH Dan DAP
2026-07-13 16:03:01
33
sayaterusbebas :
ceh. Strategy party org lain pun dia nak tetapkan. Giler
2026-07-14 14:08:34
15
Mahathir mohamed :
ko buat keja berterus terang x??
2026-07-13 16:29:20
36
MaRkLaN🐾 :
Goyang ler tu 😂😂😂
2026-07-14 03:40:42
15
Hazwan_Haris :
Terus terang rakyat nak bagi tahu, rakyat nak benam DAP cukup cukup…
2026-07-16 14:10:28
13
__awty :
anthony semoga kau kalah teruk...letak jawatan
2026-07-14 05:18:28
36
En. Mimpi :
2026-07-13 21:20:09
9
โซฟีซาน :
Dh kalah tu kalah la..x pyh la ckp parti lain
2026-07-13 16:04:25
69
BozChai :
Lu sapa maa..
2026-07-13 16:35:11
23
kakalang3️⃣ :
kau punya strategy kau x cite. sibuk party lain.
2026-07-13 21:29:17
43
syed amir hamzah al jufri :
dap sudah goyang maa👍👍👍
2026-07-13 12:30:52
17
nizamijam :
nak tergelak aku dengar
2026-07-13 21:35:19
9
Zulkifli Nasution :
Jaga parti sendiri jgn jaga parti org......
2026-07-13 17:43:39
9
nikahdnara :
takut lah tu .. nk kalah
2026-07-13 17:57:35
9
To see more videos from user @nogoripost, please go to the Tikwm
homepage.