@khanithiraah: Anak selalu menangis bila hendak pergi ke prasekolah? Jangan marah dulu. Kadang-kadang anak cuma belum rasa yakin, belum biasa dengan rutin sekolah, atau masih takut berpisah dengan ibu bapa. Cuba 3 aktiviti mudah ini di rumah: main sekolah-sekolah, baca cerita tentang prasekolah, dan amalkan rutin ucap selamat tinggal. Bila anak rasa selamat dan faham apa yang akan berlaku, dia lebih mudah dan seronok ke prasekolah. #prepsekolah #anaktadika #bukuprasekolah #parentingmalaysia