@madaninomics: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memaklumkan lapan universiti dari China telah memohon untuk dinilai kelayakan program perubatan mereka oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC), termasuk Zhejiang University School of Medicine. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, di Kamar Khas Parlimen. Penilaian membabitkan program yang belum tersenarai di bawah Jadual Kedua Akta Perubatan 1971. #drdzulkeflyahmad #menterikesihatan #kesihatan #perubatan