@madaninomics: PETRONAS memeterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSA) bagi Blok 19 dan Blok 20 di Laut Caspian, Turkmenistan — memperoleh 100 peratus kepentingan menerusi anak syarikatnya, sempena 30 tahun kehadirannya sejak 1996. Pemeteraian berlangsung semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Ashgabat, bersama perjanjian rangka kerja kerajaan yang ditandatangani Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. #akmalnasir #PETRONAS #Turkmenistan