@hoozey_ng: "SELAWAT" ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH WAHAI SAHABAT SEKALIAN JIKA ALLAH MENGHENDAKI BISMILLAHIRAHMANIRAHIM FIRMAN ALLAH SWT MAKSUDNYA, "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Al-Ahzaab 33:56) Ayat ini adalah dalil qat'ie (pasti) tentang kewajipan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebagai Bukti kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Selawat daripada Allah bererti limpahan rahmat dan keampunan, manakala daripada malaikat bermaksud doa memohon keampunan. Perintah berselawat bagi orang beriman pula adalah sebagai tanda ketaatan, penghormatan, dan bukti kasih sayang umat terhadap Baginda Rasulullah. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW Bersabda : "Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat" [Riwayat Muslim (384)] "SELAWAT" Sesungguhnya amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu amalan yang agung dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT. ·Konsep Selawat : Dari Allah SWT : Menurut ulama seperti Imam al-Bukhari melalui pandangan Abu al-Aliyah, selawat Allah bermaksud pujian-Nya kepada Nabi SAW di sisi para malaikat. Dari Malaikat : Bermaksud doa dan istighfar (memohon keampunan) untuk Baginda. Dari Umat Islam : Doa memohon rahmat dan kesejahteraan untuk Baginda SAW, di samping sebagai tanda pengiktirafan terhadap kedudukan dan jasa Baginda. · Perintah "Berselawat dan Bersalam" : Perintah selawat (berselawatlah) menunjukkan tuntutan untuk memohon rahmat dan kebaikan bagi Baginda. (ucapkanlah salam) Perintah bermaksud memohon keselamatan untuk Baginda, atau memberi ketaatan dan kepatuhan mutlak kepada ajaran Baginda. "HIKMAH DAN KELEBIHAN BERSELAWAT" Diberi Ganjaran : Setiap kali berselawat, Allah SWT akan membalas dengan melimpahkan rahmat-Nya sepuluh kali ganda kepada pengucapnya. Mendapat Syafaat : Selawat menjadi asbab untuk mendapat syafaat (pertolongan) Rasulullah SAW di hari akhirat kelak. Sebagai Tanda Kasih : la adalah merupakan kecintaan mukmin kepada Rasulullah SAW yang disampaikan melalui bacaan selawat seperti Selawat Ibrahimiyyah yang dianjurkan. "SELAWAT IBRAHIMIYYAH" Maksudnya, "Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya seperti mana Engkau berikan selawat ke atas keluarga Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarganya seperti mana Engkau memberkati ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung" (Riwayat Muslim (405) Mariah kita jadikan berselawat sebagai amalan harian serta Istiqamah dalam berselawat dan memberi salam kepada Nabi kita, Muhammad SAW. Kerana Ianya adalah salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa. Ini juga merupakan cara yang baik untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Sesungguhnya amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu amalan yang agung dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Dalam menggambarkan keagungan dan kebesaran amalan tersebut, Allah SWT memulakan perintah untuk berselawat dengan dzat-Nya dan para malaikat terlebih dahulu, sebelum kita sebagai orang-orang beriman dituntut untuk mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. WALLAHUALAM BISSAWAB @Anna "Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW. Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas buat kita dalam melaksanakan segala titah perintahnya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang dikurniakan nikmat Syafaat Rasulullah SAW" "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu" In shaa Allah Aamiin Ya Rabbal Alamiin Kabulkanlah Doa Kami Wahai Tuhan Semesta Alam #assalamualaikum #islamic_video #foryoupage #creatorsearchinsights #CapCut

H00ZEY NG_
H00ZEY NG_
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 13 July 2026 16:12:00 GMT
25181
7806
134
299

Music

Download

Comments

user37451915457500azizah
AZIZAH :
ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYIDINA MUHAMMAD WAALA ALI SAYIDINA MUHAMMAD ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
2026-07-14 08:03:12
2
ekinghani1
ekinGhani :
ALLAHUMMA SHOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD ❤️❤️❤️❤️🤲
2026-07-14 12:03:43
2
bondaza05
bondaza05 :
Assalamualaikum..bonda singgah disini 🌹✌️
2026-07-14 04:18:52
2
izah13252
Izah :
Aamiin Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad
2026-07-14 16:47:01
3
bibahh7__
BIBAHMEOR- :
waalaikumussalam sahabat Saya hadir santuni Vtt sahabat baik Allhummasolli alasaidinamuhad waalasaidina Muhammad
2026-07-13 17:16:20
2
user4937266922366
suryani :
Masya AllAh
2026-07-14 09:49:47
2
nafiyahmostapa
nafiyahmostapa :
Allahumma Solliala Saiyidina Muhammad Waala Ali Saiyidina Muhammad
2026-07-14 15:10:49
1
zparman12
zparman12 :
allohumma sholli allamuhammad saw🥰🥰🥰
2026-07-14 12:42:43
2
agustinawulandari0576
Agustinawulandari :
Aamiin ya Rabbal Alamiin
2026-07-14 12:07:02
2
anam_ctb
@Angah :
Alhamdulillah syukur dapat menyantuni vtt sahabat..
2026-07-16 15:44:59
2
adeklucu15
Pit teri :
waalaikumsalam
2026-07-14 14:23:24
2
ahmadlang63
ahmadlang63 :
Amin YRA
2026-07-14 14:48:41
1
userb98no1oc9y
user59388747446 :
Sollu'Ala Nabi Muhammad 📿
2026-07-15 01:27:19
1
cjentayumalam
Mama Ann c🦉🌗 :
2026-07-14 11:50:15
3
kakna0256
KAKNA02 :
Allah Humasalli ala Sayyidina Muhammad wa'ala Ali Saiyidina Muhammad 🤲🤲🤲
2026-07-22 00:37:39
1
ramadhanmuhasyawa
🇲🇾🇦🇪user Ramadan✌️ 🇦🇪 :
Walaaikumsalam sholawat dan salam sejahtera ke atas junjungan kita nabi Muhammad saw dah para sahabat Rasulullah 🥰🥰🥰
2026-07-14 12:23:20
2
rafiah.mohamed54
Rafiah.Mohamed :
Allahumma Soli Ala Sayyidina Muhammad 💚💚💚💚💚💚💚
2026-07-15 02:04:30
1
abdulhafizronaldocr2
🇵🇹Abdul Hafiz .CR7 🇵🇹, :
2026-07-14 11:55:13
1
hanakahar126
HANA ISYA :
🥰 Allahumma solli ala sayyidina Muhammad 🤲🥰
2026-07-14 10:06:55
2
user37451915457500azizah
AZIZAH :
Waalaikumussalam....
2026-07-14 08:03:34
2
salbiahismail06
RUDIYYA :
ASSALAMMUALAIKUM, SEMOGA BAHAGIA SELALU 🥰
2026-07-14 04:36:10
2
kamrasid57
KAK KAMS :
WA'ALAYKUMSALAM WBT DAN SELAMAT MALAM SAHABAT ALLAH HUMMA S0LLI A'LA MUHAMMAD WA'ALA ALI MUHAMMAD 💚🕋🍉
2026-07-13 16:42:13
1
missnaiyana
ANA BE :
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa Alla ali sayyidina Muhammad
2026-07-14 06:31:40
4
solehah_army
SOLEHA ARMY♡ :
waalaikumussalam ☺️
2026-07-14 05:26:27
2
redha.ilahi14
🌹Mencari Mardhatillah 🌹 :
Masya Allah Tabarakallah 🤲♥️Shollallahu Alaihi, Shollu Alan Nabi 🤲♥️Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar 🤲♥️Hadir singgah sahabat yg sy hormati..In Shaa Allah Alhamdulillah sentiasa dalam lindungan Allah 🤲🙏
2026-07-13 23:50:07
4
To see more videos from user @hoozey_ng, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About