@akilnusir: 📍 Bario, Miri, Sarawak BARIO. Sebuah pekan kecil di Malaysia, berada di ketinggian 1000m dari paras laut, mempunyai penduduk yang majoritinya adalah kaum Kelabit. Mempunyai cuaca sedikit sejuk yang sangat nyaman untuk lari dari realiti. Pagi yang berkabus, petang yang nyaman, malam yang sunyi. Apabila berselisih dengan masyarakat sana, kadang-kadang tidak sempat kita nak sapa, mereka dah sapa kita dulu. Terima kasih Bario dan terima kasih orang-orang di Bario kerana menerima kunjungan kami selama 4H3M. #visitbario #sarawakmoretodiscover #sarawaktourism