@beritafit: Perdagangan dua hala di antara Malaysia-Indonesia dijangka melonjak sehingga AS$29.3 bilion tahun ini berbanding AS$26.61 bilion pada tahun lalu. Pertumbuhan ini dijangka kesan daripada sektor halal menerusi Memorandum Kerjasama (MoC) halal kedua-dua negara yang dimeterai pada 2023. Sebagai rakan dagang yang saling melengkapi, Indonesia kekal menjadi pembekal utama bahan mentah halal bagi industri Malaysia. Oleh itu, diharapkan pemerkasaan industri halal serta kerjasama Malaysia-Indonesia ini bakal meletakkan kedua-dua buah negara sebagai negara utama dalam industri halal yang bedaya saing di peringkat global. #IndustriHalal #Malaysia #Indonesia