@rashahasmiee: Negeri Sembilan mencatatkan sejarah baharu dalam landskap ekonominya apabila berjaya menarik pelaburan bernilai RM19.1 bilion, memperlihatkan lonjakan luar biasa sebanyak 164% berbanding tahun sebelumnya. Sebanyak 295 projek telah diluluskan, sekali gus membuktikan negeri ini kini menjadi antara destinasi pelaburan utama yang semakin kompetitif dan berdaya saing. Impak limpahan ekonomi ini akan dipulangkan sepenuhnya kepada rakyat melalui penciptaan 3,845 peluang pekerjaan baharu. Komitmen berterusan ini bukan sahaja memperkukuh rantaian bekalan industri tempatan, malah membuka lembaran baharu demi masa depan yang lebih makmur, stabil, dan sejahtera untuk seluruh warga Negeri Sembilan. #AminudinHarun #NegeriSembilan #MADANIBekerja