@c.finie: Berpeluh banyak tak semestinya bermaksud tengah bakar lebih banyak lemak. Peluh ialah salah satu cara badan kita mengawal suhu. Sebab tu ada orang cepat berpeluh, ada orang lambat berpeluh. Cuaca, suhu gym dan tahap aktiviti pun boleh mempengaruhi berapa banyak kita berpeluh. Kalau timbang lepas workout dan berat turun, sebahagian daripada perubahan tu mungkin disebabkan kehilangan air. Bila minum balik, berat boleh naik semula. Jadi jangan ukur keberkesanan workout berdasarkan berapa basah baju hang. Ukur berdasarkan progress. Siapa dekat sini jenis baru warm-up dah banjir? #fypシ #sungaipetani #pendang #kangar #personaltrainerkedah