@kuala.linggi.tv.k: Malam ini, Barisan Nasional Negeri Sembilan telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi Majlis Pengumuman Calon di Stadium Paroi. Majlis ini turut dihadiri barisan kepimpinan Barisan Nasional Negeri Melaka yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh sebagai tanda sokongan dan semangat kebersamaan. Stadium Paroi malam ini dibanjiri ribuan penyokong, khususnya golongan anak muda, yang mencetuskan gelombang biru penuh semangat dan keyakinan. Semoga momentum ini terus membara hingga hari pengundian demi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Negeri Sembilan. #kualalinggitv #makesahkebayamerah #tokrauf #bn #prnn9