@ipk.tv5: SIARAN MEDIA DATUK DR. KALAIVANAR UMUM HASRAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PADA PRU AKAN DATANG KUALA LUMPUR, 15.7.26, Aktivis masyarakat, Datuk Dr. Kalaivanar hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi kerusi Parlimen P111 Kota Raja dan DUN N48 Sentosa, Selangor. Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat atas dasar komitmen untuk memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang politik, selain mahu membawa pendekatan politik berteraskan khidmat, integriti dan kehadiran berterusan bersama masyarakat. "Saya mahu menjadi wakil rakyat yang benar-benar mewakili suara rakyat. Tugas wakil rakyat bukan sekadar muncul ketika pilihan raya atau memberi sumbangan bermusim, tetapi turun padang menyelesaikan masalah masyarakat secara konsisten," katanya. Beliau menegaskan bahawa sekiranya diberi mandat, keutamaan beliau adalah turun sendiri ke kawasan bagi meninjau isu-isu yang dihadapi rakyat seperti banjir, longkang tersumbat, kerosakan jalan raya dan pelbagai masalah kemudahan awam, seterusnya membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan sehingga penyelesaian dicapai. Datuk Dr. Kalaivanar turut menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadikan pemberian hamper atau bantuan bermusim sebagai pendekatan politik. "Rakyat mempunyai maruah dan setiap undi amat bernilai. Saya tidak mahu politik hanya tertumpu kepada pemberian sumbangan sementara seperti beras, sardin, kopi atau keperluan asas yang hanya bertahan untuk tempoh singkat. Apa yang lebih penting ialah penyelesaian jangka panjang terhadap masalah rakyat," jelas beliau. Beliau berkata, sebagai wakil rakyat kelak, beliau akan mengamalkan budaya kerja yang proaktif dengan membuat kajian terhadap setiap isu sebelum mengemukakan cadangan penyelesaian yang praktikal. Mengulas mengenai pembangunan negeri, beliau menyifatkan Selangor sebagai negeri paling maju dan kaya di Malaysia, namun masih berdepan pelbagai isu infrastruktur yang memerlukan perhatian serius, termasuk keadaan jalan raya serta penyelenggaraan kemudahan awam. Beliau turut menegaskan bahawa perjuangannya tidak berasaskan sentimen perkauman atau politik kebencian. "Saya bertanding untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Saya tidak pernah mengamalkan politik perkauman kerana perpaduan adalah asas kepada sebuah negara yang maju dan harmoni," katanya. Datuk Dr. Kalaivanar turut menyatakan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta menyeru masyarakat supaya menilai beliau berdasarkan komitmen dan khidmat kepada rakyat, bukan berdasarkan latar belakang kaum. Beliau berkata pengalaman luas dalam aktiviti kemasyarakatan telah membentuk dirinya untuk memahami pelbagai isu rakyat, selain berjanji mengamalkan pentadbiran yang telus, jujur dan berintegriti sekiranya dipilih. "Saya bukan orang kaya. Saya hanyalah rakyat biasa yang mahu berkhidmat kepada masyarakat. Selagi saya hidup, saya akan terus memperjuangkan hak asasi manusia dan kebajikan semua rakyat negara ini," katanya. Beliau turut memaklumkan bahawa bermula 9 Ogos, beliau akan memulakan siri jelajah turun padang di seluruh kawasan Parlimen Kota Raja dan DUN Sentosa bagi bertemu penduduk serta mendengar sendiri permasalahan mereka. Dalam masa yang sama, beliau berjanji untuk memastikan pejabat khidmat masyarakatnya beroperasi secara responsif dan mudah dihubungi supaya setiap aduan rakyat dapat diberikan perhatian dengan segera. Mengakhiri kenyataannya, Datuk Dr. Kalaivanar merakamkan penghargaan kepada para penyokong, sukarelawan dan pengamal media sosial yang selama ini membantu menyebarkan aktiviti kebajikan beliau, sambil menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama membina sebuah negara yang bersatu, adil dan menghormati semangat kemerdekaan yang diasaskan oleh para pemimpin terdahulu. @datokalaivanar @prakashraja.official

IPK.TV
IPK.TV
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 16 July 2026 03:07:10 GMT
90029
3998
715
787

Music

Download

Comments

3zadkhu2rin
Izzat80 :
sepatutnya Dato jadi menteri kerja Raya.... penganti dato samy velu. 👍 teruskan dato rakyat pasti akan sokong.
2026-07-16 07:43:56
136
bersatu7736
Bersatu :
I support you
2026-07-16 05:03:51
2
zaqir141
MaLaYaBORNeO :
🥰🥰🥰I'm agree with you Sir..
2026-07-16 03:18:11
9
analysis_purnama_2007
USER_0001 :
Dato' Kalai bertanding di bawah parti mana?
2026-07-16 03:49:00
55
sharan_unity
Sharan Raysen :
We support
2026-07-16 03:55:16
7
fashionbeautybridalspa1
Niyafashion and beauty :
we support you sir 💪
2026-07-16 04:43:17
12
user3141926119268
user3141926119268 :
sure u win sir
2026-07-16 05:23:00
3
raveedranveendran
raveedranveendran :
well done Dató
2026-07-16 03:25:59
8
shankergshan
shankerg shan :
From kota raja -Join under bersama - my family vote for u
2026-07-16 11:06:47
15
santha_.07
santha07 :
betul kah...apa u cakap...lepas jadi wakil rakyat...hilang entah kemana...sekarang tengah berusaha utk jadi wakil rakyat.buat banyak kerja..
2026-07-16 05:38:36
15
appu2476
Appu :
I'll vote for you
2026-07-16 03:50:19
28
zaridah558
Zaridah :
Terima kasih dato Kalai kerana ingin bertanding dalam pilihanraya ke 16 yang akan datang. Kami rakyat Malaysia turut merasa gembira diatas berita ini.
2026-07-16 05:21:58
47
abadelpill1
Abade pill :
taniah dato' syabas teruskan perjuangan untuk rakyat dan negara
2026-07-16 05:37:43
18
brotherarmy73
BrotherArmy73 :
guys firtstime aku ajak hngpa undi parti bebas .dato kalai..memg layak masok bertamding...jgn lupa siapa yg duduk tmpt ni..undi dato kalai...dato org yg kuat bntu DAK
2026-07-16 06:13:56
17
akagami3333
AkAgaMi No Shanks :
Sy mesti sokong Dato'.
2026-07-16 04:08:24
13
kwb097
jr :
sy sokong wlaupun sy negeri lain
2026-07-16 03:33:35
13
b_rich228
b_rich228 :
DAK bwk blik Dato..sya mesti pilay 🌹
2026-07-16 04:10:37
6
user7311795243128
user7311795243128 :
datuk sy sokong sama datuk
2026-07-16 04:59:23
12
appleaurora24
AppleAurora :
terbaik Dato👍👍👍
2026-07-16 04:13:06
6
fakhrivisi
Fahkri Visi :
terus Jalan 👍
2026-07-16 03:29:04
10
user4218728187627
Salamon56 :
ya setujjuuu,
2026-07-16 03:15:38
7
mohamadbin.ismailf0
✨Gold fingers 💫💫💫⛓️‍💥 :
mantapp
2026-07-16 04:13:45
5
perumal.sivam
Perumal Sivam :
undi Sy utk Dato' kalai
2026-07-16 04:44:42
8
rahimi_amy
𝔸𝕞𝕪 🇲🇾🇵🇸 🎸(Johor) :
masuk MIC Datuk
2026-07-16 05:49:11
18
hanyboy001
hensom boy :
BN ke dato
2026-07-16 05:21:12
10
To see more videos from user @ipk.tv5, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About