@ohmedia: Tular di media sosial pendedahan mengenai seorang penjual aiskrim warga asing di kawasan Gurney Bay, Pulau Pinang yang didakwa menggunakan tong cat terpakai sebagai bekas menyimpan aiskrim. Difahamkan, pihak berkuasa sudah beberapa kali menegur penjual tersebut sebelum motosikalnya disita. Namun, individu itu didakwa memberikan alasan mahu mencari rezeki untuk anak-anak. Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen serta menjadi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli makanan yang dijual di tepi jalan. #ohmedia #as