@relaportdickson: LAMPSAR RELA Negeri Sembilan Hari Pertama | 14 Julai 2026 Alhamdulillah, Program Ujian Kemahiran Menembak (LAMPSAR) anjuran RELA Negeri Sembilan bagi anggota RELA daerah-daerah telah berjaya dilaksanakan pada hari pertama dengan penyertaan seramai 70 orang anggota yang mewakili 7 daerah di Negeri Sembilan. Sesi pagi dimulakan dengan taklimat berkaitan undang-undang serta aspek keselamatan penggunaan senjata api yang telah disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program kemudian diteruskan dengan latihan dan tunjuk ajar teknik-teknik asas menembak kepada semua peserta. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan acara menembak Pumpgun serta acara Jatuh Piring, yang menyaksikan semangat kesukanan dan komitmen tinggi daripada semua peserta. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota yang telah mengambil bahagian. Ucapan penghargaan khusus diberikan kepada Anggota RELA Daerah Port Dickson yang telah mempamerkan prestasi cemerlang serta berjaya memenangi beberapa acara menembak. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kemahiran, disiplin dan profesionalisme anggota RELA pada masa hadapan. @OFFICIALRELAMALAYSIA @RELA Negeri Sembilan # relaportdickson # relanegerisembilan # NadiRELA #LAMPSAR2026