@ruka_kembaranku: omoo!!, Chiquita done yaa #chiquita #chiquitababymonster #kpopfyp #creatorsearchinsights #999likes

RUKA
RUKA
Open In TikTok:
Region: ID
Thursday 16 July 2026 14:25:31 GMT
1624
216
9
43

Music

Download

Comments

mialovegreenteaalatte
mialovegreenteaalatte :
ahyeon pleaseee
2026-07-17 09:03:40
2
coer_tiffanny_
asa kaget pura-pura dance💜 :
eh kok editin aku ga izin dulu?
2026-07-17 11:51:28
3
rorro_diul27
roro_diul6 :
ver ahyeon pls
2026-07-17 09:12:47
1
ruka_kembaranku
RUKA :
sabar ya, atmin lagi stres
2026-07-17 11:26:16
3
fatzar61
👉🏻Qianna🍓🦅🐼👈🏻 :
𝕀𝕓 𝕗𝕓 𝕂𝕒𝕜 𝕡𝕙𝕒𝕣𝕚𝕥𝕒 🤭🤭☺️
2026-07-17 03:00:58
2
To see more videos from user @ruka_kembaranku, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Pawang Nong dilahirkan di Kampung Sempiat,Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis pada tahun 1874, beliau meninggal dunia pada 1977 meninggalkan isteri dan 11 orang anak serta cucu cicit yang kebanyakkannya tinggal di Kampung Ulu Cheka. Beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama bernama Patam binti Mat Sama dan dikurniakan lapan orang anak iaitu empat lelaki dan empat perempuan. Isteri kedua bernama Hajjah Halimah binti Mak Long dan dikurniakan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Nong Taib atau digelar Pawang Nong kerana kepakarannya mengubati penyakit secara tradisional. Beliau juga merupakan pengasas seni silat cekak di kampung Ulu Cheka serta merupakan Pahlawan Melayu Pahang yang menentang penjajahan tentera Jepun dan komunis di daerah ini. Ketika pendudukan Jepun, 1942-1945, Pawang Nong mengarahkan penduduk Kampung Hulu Cheka jangan mematuhi perintah Jepun menyerahkan semua lebihan padi, sebaliknya menyerahkan 15-20 gantang sahaja. Lebihan padi disimpan di tepi hutan untuk mengelakkan daripada di kesan pemerintah Jepun. Pawang Nong dengan penuh keberanian mengadakan rundingan dengan Pesuruhjaya British bagi dapatkan bantuan senjata untuk diberikan kepada penduduk supaya mereka dapat menentang tentera Jepun dan komunis ketika itu. Atas kebijaksaanan beliau ketika itu, penduduk Kampung Ulu Cheka tidak dipindahkan dan mereka dibekalkan senapang patah untuk menentang pengganas komunis. Penduduk kampung telah menentang komunis sebanyak tiga kali, malangnya ada penduduk kampung yang terbunuh. Nong Taib juga terlibat dengan Peperangan Perlok dan menentang komunis di Maran, Pahang. Menurut seorang penduduk Ulu Cheka, Jamlus bin Mat Zium (pesara guru dan Ahli JKKK Kg Ulu Cheka), Penglibatan Pawang Nong dalam peperangan di Perlok diceritakan dalam buku bertajuk Askar Melayu 50 Tahun tulisan Tan Sri Abdul Samad Idris terbitan Pustaka Budiman Sdn Bhd. Pawang Nong terlibat dengan tiga peperangan bersama tentera Jepun dan Komunis sekitar tahun 1948 sehingga tahun 1952 iaitu peperangan di Terbol, Bukit Batu dan di Perlok di mana peperangan di Perlok adalah peperangan yang paling hebat ketika itu. Ketokohan Nong Taib terserlah apabila beliau berjaya menyelamatkan seorang pembesar negeri yang ditahan komunis di Tong Kiat (sekarang dikenali dengan nama Sungai Jerik), Maran pada 1945. Selepas peristiwa itu beliau diisytiharkan sebagai Pawang Diraja oleh Sultan Pahang. Seribu satu kisah legenda ini dicerita berulang kali oleh orang tua-tua di kampung ini yang memuji semangat kepahlawanannya dalam menentang askar Jepun dan pengganas komunis. Sebagai penghormatan kepada Nong Taib, Sekolah Kebangsaan Ulu Cheka ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pawang Nong dan satu lagi usaha mengenengahkan jasa beliau ialah apabila Majlis Daerah Jerantut menamakan sebuah bulatan sebagai Bulatan Pawang Nong dan satu persimpangan sebagai Persimpangan Pawang Nong. Menjejaki sejarah Pawang Nong bukanlah sukar kerana makamnya ditempatkan bersebelahan dengan Masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut. JKKK Kampung Ulu Cheka membuka Galeri Warisan bagi membolehkan orang luar mengetahui serba sedikit mengenai Ulu Cheka dan sejarah perjuangan Pawang Nong. Galeri ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jerantut, YB Datuk Haji Ahmad Nazlan bin Idris pada Oktober 2016. Artifak-artifak lama yang dipamerkan di galeri ini terdapat yang bernilai tinggi dan mendapat pengesahan daripada pegawai Muzium Pahang. Antaranya parang, alatan perhiasan perkahwinan dan barang kemas. Ada kukur kelapa berusia 100 tahun, selain pinggan mangkuk dan pakaian. Perjuangan dan keberaniannya menentang penjajah Jepun dan komunis, beliau telah dianugerahkan pingat-pingat sebagai menghargai perjuangan dan keberaniannya

About