@profmuhaya: Terima kasih @Suria Malaysia atas jemputan dalam segment “Pagi On Suria” tempoh hari. Isteri yang rasa dicintai, akan mencintai. 🤍 Ramai sangka isteri perlukan hadiah yang mahal. Hakikatnya, seorang isteri lebih mendambakan perhatian, penghargaan dan rasa selamat di sisi suaminya. Apabila hati seorang isteri dipenuhi dengan kasih sayang, dia akan lebih mudah memberi kasih, menghormati dan membahagiakan seluruh isi rumah. Rumah yang bahagia bermula dengan hati yang rasa dicintai. Semoga Allah menjadikan kita pasangan yang saling mencintai kerana-Nya. 🤍