@ohmedia: Tular di media sosial perkongsian mengenai seorang pelancong bukan beragama Islam yang dilihat khusyuk mendengar penerangan tentang Islam daripada seorang pemandu pelancong Masjid Negara. Difahamkan, pelancong itu meluangkan masa mendengar penjelasan mengenai sejarah Masjid Negara, cara umat Islam menunaikan ibadah serta makna bacaan dalam solat. Perkongsian itu buat ramai tersentuh kerana menunjukkan keindahan Islam yang disampaikan dengan cara tenang, lembut dan penuh hikmah. #ohmedia #as