@iiiskandar_6: Pesanan PMX agar anak-anak menggunakan ilmu untuk menjadi insan yang baik merupakan satu seruan murni dari seorang Perdana Menteri. Kita semua sedar bahawa pesananan ini melangkaui dari mendapat kecemerlangan akademik semata-mata. Menyedari cabaran hari ini, PMX juga sebenarnya mengingatkan masyarakat bahawa matlamat akhir pendidikan adalah pembentukan karakter, integriti & empati dalam menjalankan kehidupan seharian. Bukan sekadar keputusan cemerlang semata-mata. Diharapkan, anak-anak hari ini membesar dengan suasana yang selamat & positif dalam memastikan masa depan negara lebih harmoni & maju. #GenerasiMuda #PMX #Malaysia #fyp