@puspawangiiiiii: FELDA PASOH 2 SAMBUT BAIK TAMBAHAN RM150 JUTA UNTUK PERUMAHAN GENERASI BAHARU Berita gembira buat semua warga Felda termasuk Felda Pasoh 2!! Pengumuman peruntukan tambahan RM150 juta untuk Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) disambut dengan penuh rasa syukur & kelegaan oleh warga Felda Pasoh 2. Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan tetapi merupakan satu pengiktirafan besar terhadap komuniti peneroka dalam pembangunan negara. Lebih utama, suntikan dana ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu projek perumahan yang tertangguh. Terima kasih PMX kerana kekal prihatin & mengutamakan kebajikan warga peneroka khususnya untuk generasi baharu. #Felda #YakinMADANI #NegeriSembilan #MadaniBekerja