@gab_spamm90:

Gab_spamm🌸🍉🏝
Gab_spamm🌸🍉🏝
Open In TikTok:
Region: CA
Friday 17 July 2026 19:04:02 GMT
574
57
7
1

Music

Download

Comments

boxebestsportever
sean :
snap ?
2026-07-18 19:36:36
1
muchiku.tchikuru
Muchiku :
nice dance 😻😻
2026-07-18 00:55:23
0
mizo_kim13
𝓚𝓲𝓶_🦓🐼🏐(A💍) :
Dd
2026-07-19 02:13:03
0
bobyer50
bobyer :
Trop belle 😻
2026-07-18 10:16:57
0
To see more videos from user @gab_spamm90, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Dajjal Bermata Satu: Amaran Terhadap Pandangan Hidup yang Hanya Mengejar Dunia Rasulullah SAW telah memberi amaran bahawa Dajjal adalah fitnah terbesar yang akan dihadapi oleh umat manusia. Baginda bersabda:
Dajjal Bermata Satu: Amaran Terhadap Pandangan Hidup yang Hanya Mengejar Dunia Rasulullah SAW telah memberi amaran bahawa Dajjal adalah fitnah terbesar yang akan dihadapi oleh umat manusia. Baginda bersabda: "Tidak ada satu fitnah pun sejak Allah menciptakan Nabi Adam sehingga Hari Kiamat yang lebih besar daripada fitnah Dajjal." (Riwayat Muslim, no. 2946) Antara ciri yang paling masyhur ialah Dajjal bermata satu. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak bermata satu. Ketahuilah, Al-Masih ad-Dajjal itu buta mata kanannya..." (Riwayat al-Bukhari, no. 3439; Muslim, no. 169) Mata satu bukan gambaran fizikal, tetapi menjadi pengajaran yang mendalam. Ia mengingatkan manusia agar tidak melihat kehidupan hanya dari satu sudut, iaitu kekayaan, kuasa dan kemewahan dunia semata-mata, sambil mengabaikan iman, akhlak dan kehidupan akhirat. Dajjal akan memikat manusia dengan kekayaan, makanan, kemewahan dan kekuasaan sehingga ramai sanggup menggadaikan prinsip demi kepentingan dunia. Al-Quran sendiri mengingatkan: "Ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanyalah permainan, hiburan, perhiasan, bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba pada harta dan anak-anak..." (Surah al-Hadid, 57:20) Nabi Muhammad SAW turut mengajar umat Islam membaca sepuluh ayat pertama Surah al-Kahfi sebagai pelindung daripada fitnah Dajjal: "Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama Surah al-Kahfi, dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal." (Riwayat Muslim, no. 809) Iktibarnya ialah setiap Muslim hendaklah sentiasa menilai dunia dengan neraca wahyu. Kekayaan bukanlah tujuan hidup, tetapi amanah untuk digunakan pada jalan kebaikan. Apabila manusia menjadikan harta, kuasa dan kemewahan sebagai matlamat tertinggi sehingga menghalalkan penindasan, penipuan dan kezaliman, mereka telah menghampiri sifat fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Dan ini yang sedang berlaku ke atas para pemimpin Arab. Oleh itu, amaran Rasulullah SAW mengenai Dajjal bukan sekadar kisah tentang akhir zaman, tetapi peringatan agar umat Islam tidak menjadi "bermata satu" dalam cara berfikir—melihat dunia tetapi melupakan akhirat. Mukmin sejati ialah mereka yang mengimbangi kejayaan dunia dengan ketakwaan kepada Allah SWT, kerana kejayaan yang sebenar ialah memperoleh keredaan-Nya dan keselamatan di akhirat. Sayangnya ramai para pemimpin Islam telah memilih syurga dajjal dan tunggu sahaja kiamat kehancuran bangsa dan negaranya akibat bersahabat dengan Dajjal. Mana-mana negara yang melawan Dajjal dengan senjata, itu adalah satu kesilapan kerana Dajjal akan menggunakan alasan itu, untuk menghentam dan menghancurkan lawannya. Dajjal harus ditikam jantungnya dengan jihad dakwah agar darah kedajjalan masyarakat Barat terhenti dan dihidupkan kembali dengan roh Islam agar mereka pula menjadi pengkhidmat dan pembela Islam. Jika mereka memeluk Islam, Islam akan memiliki langit dan dunia baru dengan penguasaan ekonomi, teknologi dan militeri serta digunakan untuk keamanan dan kemanusiaan yang akan gemilang beribu tahun bukan 7 tahun atau 40 tahun sepertimana yang ditafsirkan para ulama ortodoks.

About