@rashahasmiee: RM10.14 juta untuk 18 projek pelancongan dan pemuliharaan warisan di Negeri Sembilan membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memelihara khazanah negeri sambil merancakkan ekonomi rakyat. Apabila destinasi pelancongan dinaik taraf, manfaatnya bukan hanya kepada pelawat, malah turut membuka peluang pendapatan kepada peniaga, pengusaha kecil, penggiat industri kreatif dan komuniti setempat. Terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atas sokongan berterusan dalam memperkukuh sektor pelancongan dan warisan di Negeri Sembilan. #MalaysiaMadani #MOTAC #NegeriSembilan