@bazlizakaria: Pagi ini, selesai sahaja solat Subuh, saya singgah di pasar tani berdekatan masjid. Selalunya saya datang waktu tengah hari, tetapi kali ini saya cuba datang awal pagi. Rupanya, suasananya cukup meriah. Sambil mencari barang yang dipesan oleh isteri, saya singgah di sebuah gerai ikan. Seperti biasa, saya suka berbual dengan peniaga. Saya bertanya, "Bang, ikan ni ambil dari mana?" Jawapan abang tu membuatkan saya terdiam. "Dari Sungai Besar. Kami datang dari Tanjung Karang, ustaz. Rezeki ada di sini." Ringkas, tetapi sangat mendalam. Terus saya terfikir... Pukul berapa agaknya mereka bangun pagi? Pukul berapa mereka keluar tinggalkan keluarga? Berapa jauh perjalanan yang ditempuh? Belum lagi mengangkat tong-tong ikan, menyusun barang, membuka gerai. Nak kata, sebelum mula jualan pertama pun, badan mereka sebenarnya sudah letih. Tapi mereka tetap datang. Kenapa? Kerana mereka yakin rezeki tidak datang kepada orang yang menunggu, tetapi kepada orang yang berusaha mencarinya. Hakikatnya, kita tak pernah tahu di mana Allah meletakkan rezeki kita. Mungkin bukan di tempat yang dekat. Mungkin bukan di tempat yang selesa. Mungkin perlu menempuh perjalanan yang jauh, penat dan mencabar. Yang penting, jangan berhenti melangkah dan buat sehabis baik. Kadang-kadang kita sangka pekerjaan itulah punca rezeki. Sebenarnya tidak. Pekerjaan hanyalah sebab. Allah ialah Pemberi Rezeki. Kita berusaha melalui jalan A, tetapi Allah boleh mengurniakan rezeki melalui jalan B, C, D, malah dari arah yang langsung tidak kita sangka. Tugas kita bukan memastikan dari mana rezeki itu datang. Tugas kita ialah terus berusaha, terus ikhtiar, terus berdoa dan terus bertawakal. Kerana Allah tidak pernah mensia-siakan usaha hamba-Nya. "Rezeki ada di sini." Ayat seorang peniaga ikan pagi tadi, tetapi pengajarannya terasa begitu besar. Semoga Allah meluaskan rezeki kita semua, memberkati setiap titik peluh yang halal, dan mengurniakan rezeki dari jalan yang tidak pernah kita sangka. Aamiin. Bazli Zakaria Terus kerija la anneey!!💪 #PasarTaniMBTHO #MBZ #AbangIkan #Ikansegar

Bazli Zakaria
Bazli Zakaria
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 19 July 2026 00:39:36 GMT
7789
57
1
14

Music

Download

Comments

istanakuning
|ST@N∆ kuN|πG ^-^ :
SUBAHANALLAH..
2026-07-19 00:57:02
0
To see more videos from user @bazlizakaria, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About