@mohe.official: DERMASISWA B40 TVET: MEMPERLUAS AKSES, MEMPERKASA MASA DEPAN Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited memperluas akses pendidikan tinggi melalui inisiatif Dermasiswa B40 TVET yang menawarkan penajaan kepada pelajar daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET di Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti. Penajaan merangkumi yuran pengajian serta elaun wang saku bagi meringankan beban kewangan pelajar, sekali gus memastikan mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian. Sebanyak 1,000 kuota penajaan disediakan setiap tahun sebagai usaha berterusan Kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri serta memperkukuh pembangunan ekonomi negara. @ZambryAbdKadir @Adam Adli #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #AkuKasihMalaysia