@madaninomics: Sebuah hantaran tular memaparkan petugas Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat meredah jalan rosak bagi menjalankan tugas kawalan denggi, mencetuskan perbincangan mengenai keadaan jalan di luar bandar Sabah. Kerajaan negeri sedang melaksanakan projek menaik taraf jalan luar bandar menerusi Sistem Rangkaian Jalan Sekunder (SRT2 dan SRT3) yang membabitkan daerah Kudat, dengan 288 kilometer jajaran Fasa 1A mencapai hampir 88 peratus setakat April 2026. #jalanrayasabah #Sabah #Kudat #kudatsabah #pejabatkesihatankudat