@wanita.umno.sr: Telah Selesai Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Simpang Renggam 2026. Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dengan penuh semangat, tertib dan penuh iltizam. Kehadiran lebih 350 orang perwakilan bersama Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Simpang Renggam membuktikan bahawa semangat perjuangan terus membara dan kesetiaan kepada parti tetap utuh. Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir, memberi pandangan, buah fikiran dan komitmen demi memperkukuhkan perjuangan. Inilah bukti bahawa kekuatan Wanita UMNO bukan sekadar pada angka, tetapi pada kesatuan hati, kesetiaan dan kesanggupan untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanah air. Hari ini kita berhimpun sebagai satu pasukan. Esok kita turun sebagai satu kekuatan. Terus rapatkan saf, mantapkan gerak kerja dan buktikan bahawa Wanita UMNO sentiasa menjadi tulang belakang perjuangan parti. Bersatu. Berkhidmat. Berbakti Demi Agama, Bangsa & Tanah Air. #WanitaUMNO #UMNOSimpangRenggam #MesyuaratPerwakilan2026 #bersatuberkhidmatbersetia #fyppppppppppppppppppppppp
WANITA UMNO SR
Region: MY
Sunday 19 July 2026 05:38:28 GMT
Music
Download
Comments
idaa :
tahniah semua...baru sampai rumah
2026-07-19 06:18:01
1
To see more videos from user @wanita.umno.sr, please go to the Tikwm
homepage.