@malaysiatribune: Pakatan Harapan (PH) akan membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerusi komen yang dimuat naik di media sosial. Ketua Sekretariat Pusat Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan PH, Datuk Muhammad Zaki Md Sabri berkata, tindakan itu akan digerakkan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh jentera parti dalam masa terdekat. #malaysiatribune #PRNNegeriSembilan