@sacitycouncil: ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐„๐๐€๐ƒ๐” ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐„๐๐‰๐€๐‰๐€ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐‚๐€๐‘ ๐๐Ž๐Ž๐“ ๐’๐€๐‹๐„, ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐๐Ž๐•๐€ ๐Œ ๐”๐Ÿ“/๐Œ, ๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐”๐Ÿ“, ๐’๐‡๐€๐‡ ๐€๐‹๐€๐Œ Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Pejabat Cawangan Sungai Buloh dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18 telah melaksanakan Operasi Bersepadu Tapak Penjaja Sementara dan Tapak Car Boot Sale di Jalan Nova M U5/M, Seksyen U5, Shah Alam pada 17 Julai 2026 (Jumaat). Operasi ini bertujuan membuat semakan terhadap peniaga tanpa lesen, memastikan peniaga makanan dan minuman mempunyai suntikan tifoid yang sah serta memantau pematuhan syarat dan peraturan pelesenan yang ditetapkan oleh MBSA. Hasil operasi mendapati tindakan sitaan telah diambil terhadap sembilan (9) orang peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen serta menggaji warga asing sebagai pembantu. Selain itu, tindakan amaran turut diberikan kepada penganjur Car Boot Sale bagi memastikan semua peniaga mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh MBSA. Operasi ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Sarimah binti Lisut, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18, Puan Nor Asnani binti Karim, Ketua Seksyen Penjaja MBSA serta Encik Sallehudin Mohamed Emran, Pemangku Pengurus Pejabat Cawangan Sungai Buloh. MBSA akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan semua peniaga mematuhi syarat pelesenan serta Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 demi mewujudkan persekitaran perniagaan yang teratur, bersih dan selamat. #WeLoveShahAlam #KitaSelangorMajuBersama #MalaysiaMadani #PemacuKemajuan #PenerajuKecemerlangan

Majlis Bandaraya Shah Alam
Majlis Bandaraya Shah Alam
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 19 July 2026 12:47:59 GMT
205090
3304
691
2241

Music

Download

Comments

ny.amni
ny.amni :
maaf nak tanya undang2 ni terpakai untuk rakyat Malaysia sahaja atau termasuk warga asing ya?
2026-07-20 06:46:37
327
ahmadcuci
๐Ÿ’ชAhmad Cuci ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ :
hehehe..
2026-07-21 01:41:20
0
kecheq1991
cek :
apa kata datang tu bawak borang terus. peniaga boleh daftar dan terus luluskan lesen peniaga. kan memudahkan urusan tu. kesian peniaga nak daftar pun ambik masa lama
2026-07-20 00:55:04
416
itekjongang_
user1612045556848 :
ni hanya untuk warga Malaysia jeh kan
2026-07-19 13:37:54
211
nyanaaa89
ItMeYanaa :
Dengar cerita ade peniaga dah cuba mohon lesen tapi sampai ke sudah tak lulus
2026-07-19 23:44:18
106
rohanimohdrodi6
Rohani mohdrodi :
Sepatutnya ahli majlis membantu memudahkan urusan bukan menyusahkan
2026-07-20 03:21:03
81
jailani_cekak
JAI CEKAK :
drpd rampas elok,..pagawai/ahli majlis bawa borang permohonan lesin bagi mereka isi dan daftar
2026-07-20 14:20:52
48
imal091
imal091 :
Mudahkan urusan para peniaga. Adalah lebih baik pihak berkuasa membuka booth pendaftaran lesen perniagaan daripada sitaan. Mudahkan urusan para peniaga dan mereka amat menghargai
2026-07-19 22:53:48
48
tpmclothingmy
Hairi TPM :
Meh datang Jalan Kebun / Bukit Naga / Bukit Kemuning tinjau2 ๐Ÿ˜…
2026-07-20 07:34:12
41
nas1lemakbungkus
๐ŸปUNCLEBONGSU๐Ÿผ :
rasa hebat kan sita barang org utk cari rezeki..Tau peniaga Salah..tp bole kn ringan kan beban peniaga..bwk borang dll utk peniaga apply..Tau nk sita jer
2026-07-20 03:00:06
61
mariammksuyam
MAKSU YAM...#.A.D.H...** :
nak mohon lesen pon banyak songeh...byk syarat
2026-07-21 22:58:00
18
anepbrutal1983
Anepbrutal1983 :
buat apa korang ambil barang diorang..... sebagai yb kena tolong rakyat....turun padang bagi lesen sementara.....dan ajar mereka untuk bagi lesen tetap....bukan sita mereka....ini bukan bantu rakyat..tapi naya rakyat....
2026-07-22 02:11:37
13
wushuwushiii
dil :
saya berniaga pakai kad unhcr boleh?
2026-07-20 15:58:37
14
aliykz360
yakuza :
cakap memang la senang ambil lesen . lepas tu minta lesen macam2 alasan dia bagi
2026-07-20 00:00:06
23
rahimmajid42
rahimmajid :
cara paling mudah bg la mereka lesen turun padang terus beri lesen
2026-07-20 04:05:35
21
saniamajid70
saniah@70 :
kesian la sikit kat peniagaยฒni semua,dlm keadaan ekonomi skrg,bkn nya senang pun,umpama kais pagi mkn pagi ,kais petang mkn petang.kebanyakan peniaga bkn dlm golongan senang sgt , byk kearah tambah pendapatan , bantu suami bayar hutang,rumah,kerata,bilยฒ semua,van sekolah ank,belanja dapur dll semua duit. kadangยฒ stress juga . masa meniaga kat bukit Rahman Putra thn 2000 sampai dah penat nak ulang alik ke majlis s. alam pernah apply lesen kat majlis naik tingkat 11,13,14,16 semua dah naik,tp xdpt juga.
2026-07-20 16:35:33
11
konsisten565
KONSISTEN. :
mudahkan urusan ambik lesen. ni nak buat lesen banyak sangat isunya.
2026-07-20 12:38:14
14
rollinondariver
sunshine joyce :
nak apply lesen pun susah. apa cerita๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
2026-07-19 23:31:25
22
justaffiey
Nur Affiey :
call sampai 40 kali tak jawab. nak tanya soalan sikit punya simple je. takkan nak g wisma mbsa semata-mata nak tanya soalan simple. busy mengalah kan bank!
2026-07-21 21:56:48
5
user6180411040290
user6180411040290 :
warga asing tu macam mana
2026-07-20 02:59:48
49
muhd.amin526
Muhd Amin :
Assalamulaikum tuan ..cuba tengok balik berapa ramai perniaga yang dah mohon sampai sekarang PON tak dapat dapat..tolong terliti jangan berpihak kepada yang lain
2026-07-20 13:22:49
5
mrsmon14
MommyVibe :
Sian nyee.. Nk beli brg2 tu mahal.. X bgi warning dulu ke.. Dtg terus sita ye.. Bile org melayu mmg kne je mcm ni
2026-07-20 16:34:46
9
mak_kuntum
Mak Kuntum :
mbsa belit2 ckp gerai tepi jln korg nmpak kedai besar2 korg pejam mata ..contoh along2 operasi xde lesen byk jer
2026-07-19 23:50:38
32
alizztomato_man
tomato_man :
bnde nk minta lesen bukan main payah ,,, mcm2 korang nak ishh..
2026-07-19 23:34:06
47
mohdnooralbukhari
Alkorieshoper :
masalahnya peniaga2 ni dah mohon lesen bertahun2 tp x pernah dapat... bila dtg saman dan terus saman...
2026-07-20 08:08:43
18
To see more videos from user @sacitycouncil, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About