@mediaselangor: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 1 Ogos ini dijangka lebih tinggi berbanding PRN Johor susulan corak demografi dan lokasi pekerjaan pengundi yang berbeza di kedua-dua negeri. Mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata antara faktor yang mengekang peratusan keluar mengundi di Johor ialah ramai pengundi berdaftar bekerja di Singapura, situasi yang tidak berlaku secara ketara di Negeri Sembilan. #MediaSelangor #KlikSemasa