@madaninomics: Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak memanggil arwah bapanya sambil membersihkan batu nisan telah menarik perhatian pengguna media sosial, dengan tontonan melebihi 2.6 juta kali. Video itu dikongsi menerusi akaun keluarga @bynoahhakim. Menurut kapsyen yang ditulis ibunya, sudah tiga tahun bapa kanak-kanak itu meninggal dunia, dan kerinduan terhadap arwah tidak pernah pudar. #kisahinsani #viral #keluarga