@jacobdotson55: @Jake Webber @Johnnie Guilbert #xyzbca #jakewebber #johnnygilbertedits #plslikes #black

Jake and Johnnie fan!
Jake and Johnnie fan!
Open In TikTok:
Region: US
Sunday 19 July 2026 16:52:28 GMT
54
19
1
1

Music

Download

Comments

To see more videos from user @jacobdotson55, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Kisah Tiga Lelaki yang Diuji Allah SWT Allah SWT nak menguji tiga orang lelaki daripada Bani Israel: seorang yang berpenyakit sopak, seorang yang botak, dan seorang yang buta. Allah menghantar seorang malaikat dalam rupa seorang lelaki. Malaikat itu bertanya kepada lelaki yang berpenyakit sopak: “Apa yang paling kamu inginkan?” Dia menjawab: “Kulit yang cantik, warna kulit yang elok, dan hilang penyakit yang buat orang jijik pada aku.” Lalu malaikat menyentuhnya. Dengan izin Allah, penyakitnya hilang dan dia menjadi seorang yang sangat tampan. Kemudian malaikat bertanya: “Harta apa yang paling kamu suka?” Dia menjawab: “Unta.” Lalu Allah mengurniakannya seekor unta yang bunting dan malaikat berkata: “Semoga Allah memberkati rezeki kamu.” Selepas itu malaikat pergi kepada lelaki yang botak dan bertanya soalan yang sama. Dia berkata: “Aku nak Allah hilangkan kebotakan ini dan kurniakan rambut yang cantik.” Malaikat menyentuhnya, lalu Allah menghilangkan kebotakannya dan mengurniakannya rambut yang indah. Kemudian malaikat bertanya: “Harta apa yang paling kamu suka?” Dia menjawab: “Lembu.” Lalu dia diberikan seekor lembu yang bunting dan didoakan keberkatan. Kemudian malaikat pergi kepada lelaki yang buta. Malaikat bertanya: “Apa yang paling kamu inginkan?” Dia menjawab: “Aku nak Allah kembalikan penglihatanku supaya aku dapat melihat manusia.” Malaikat menyentuhnya, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Kemudian dia ditanya: “Harta apa yang paling kamu suka?” Dia menjawab: “Kambing.” Lalu dia diberikan seekor kambing yang bunting dan didoakan keberkatan. Beberapa tahun kemudian, Allah memberkati rezeki mereka sehingga setiap seorang memiliki harta yang sangat banyak. Kemudian malaikat datang semula dalam rupa seorang lelaki miskin. Dia meminta bantuan daripada lelaki yang pernah berpenyakit sopak. Tetapi lelaki itu berkata: “Aku ada banyak tanggungjawab, aku tak boleh tolong.” Malaikat berkata: “Bukankah dulu kamu berpenyakit sopak, orang jijik pada kamu dan kamu juga miskin? Allah yang memberikan semua ini kepada kamu.” Namun dia menjawab: “Semua harta ini memang harta warisan keluargaku.” Lalu malaikat berkata: “Kalau kamu berdusta, semoga Allah mengembalikan kamu kepada keadaan asal.” Perkara yang sama berlaku kepada lelaki botak. Akhirnya malaikat pergi kepada lelaki yang dahulu buta. Lelaki itu berkata: “Dulu aku buta, Allah mengembalikan penglihatanku. Dulu aku miskin, Allah mengkayakan aku. Ambillah apa sahaja yang kamu perlukan. Demi Allah, aku tidak akan menghalang apa-apa yang Allah telah kurniakan kepadaku.” Malaikat pun berkata: “Simpanlah hartamu. Sebenarnya kamu semua sedang diuji. Allah reda kepada kamu dan murka kepada dua sahabatmu.” (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari no. 3464 dan Muslim no. 2964) ⸻ Apa yang saya belajar daripada kisah ini ❤️ ✨ Allah menguji hamba-Nya bukan hanya dengan musibah, tetapi juga dengan nikmat. ✨ Setiap nikmat yang Allah beri adalah amanah dan ujian. ✨ Allah Maha Baik. Apa sahaja yang datang daripada-Nya pasti ada hikmah, walaupun kita belum memahaminya. ✨ Manusia memang bersifat tergesa-gesa, tetapi Allah telah berjanji: “Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: 6) 🤲 Semoga Allah jadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur, banyak memuji-Nya, dan diberikan kekuatan untuk bersabar ketika diuji. Aamiin.

About