@newswav: "Semakan mendapati tangkapan membabitkan warga Indonesia, Bangladesh serta Myanmar disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. "JIM turut mengeluarkan tujuh saman kepada saksi terhadap warga tempatan bagi membantu proses siasatan," katanya pada Ahad (19 Julai). Tambah JIM, semasa operasi, hasil pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit milik salah seorang tangkapan menemukan rekod perbualan, transaksi serta katalog yang dipercayai digunakan bagi menawarkan khidmat wanita kepada pelanggan. Jelasnya, susulan penemuan itu, sepasang suami isteri warga Indonesia yang berperanan sebagai pengendali aktiviti berkenaan telah ditahan untuk membantu siasatan. "Pelbagai jenis minuman keras pelbagai jenama dengan nilai rampasan sebanyak RM11,420.31, melibatkan anggaran cukai berjumlah RM26,380.31 turut dirampas. Kes rampasan tersebut telah dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA bagi tindakan lanjut," ujarnya. Tegas JIM, pihaknya tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini. "Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya. #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #viralmalaysia #viral
Newswav
Region: MY
Monday 20 July 2026 02:30:47 GMT
Music
Download
Comments
psychonc :
club mne ni
2026-07-20 08:41:53
0
Anbar :
jim pun boleh caya ke
2026-07-21 06:18:03
0
Afiq Zakwan :
hahaha
2026-07-20 06:45:03
0
Muhammad :
bala
2026-07-20 08:59:52
0
PaiSom :
Boring baca cerita cam ni
tak pernah selesai Dari tahun 90 an
2026-07-20 07:30:22
0
Blayy :
peneman je pun.....
2026-07-20 14:45:57
0
To see more videos from user @newswav, please go to the Tikwm
homepage.