@nogoripost: Bahan kempen PH dikhianat? SEREMBAN: Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) menerima beberapa laporan kerosakan bahan kempen di beberapa kawasan pilihan raya Negeri Sembilan, sejak semalam. Sekretariat Pusat Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan PH berkata, laporan yang diterima membabitkan kerosakan bendera yang dibakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong malam tadi dan pancang bendera yang rosak kerana perbuatan khianat di DUN Chembong pagi ini. "PH ingin memaklumkan bahawa kami berhak mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. "Tindakan khianat ini merupakan satu kesalahan sekiranya terbukti bahan kempen pilihan raya seperti poster, bendera, atau sepanduk dikhianati, dirosakkan, atau diturunkan pihak lawan," katanya menerusi satu kenyaatan. Jelasnya, Pengarah Pilihanraya Bilik Gerakan DUN sudah dinasihatkan untuk membuat laporan yang sewajarnya walaupun PH tidak berniat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak setakat ini. "Begitupun, kami ingin menyeru supaya perkara seumpama ini tidak melarat menjadi budaya dalam kalangan penggiat politik dalam negara ini. "Kami juga berharap seluruh anggota dan jentera PH tidak membalas semula perbuatan ini yang mungkin dilakukan pihak yang mahu mengeruhkan keadaan. "Berkempenlah dengan sihat kerana hak untuk berpolitik dan berkempen termaktub secara tidak langsung dan dilindungi mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui beberapa peruntukan Kebebasan Asasi (Bahagian II) serta hak politik asas lain," katanya. Justeru katanya, menangi hati rakyat dan pengundi dengan dasar polisi yang jelas dan bukan politik khianat kebencian yang sama sekali tidak berasas.

Nogori Post
Nogori Post
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 20 July 2026 05:07:02 GMT
138273
2079
1111
732

Music

Download

Comments

xis2622
😊✌️ :
Good job
2026-07-21 15:04:58
0
jegathis76
Jegathis76 :
Politics Game 😂😂😂😂
2026-07-21 02:43:34
0
mfiburgerkgsimee
M@fi@burgerkgsimee :
kadang yg buat ni bukan orang lain pun...tapi nak burukkan parti lain..nak nampak parti lain yg tak elok....
2026-07-20 08:23:34
692
faizul_chor
faizul_chor :
macam mana boleh dapat ambil gambar time bendera masih terbakar..😂. #ytjt
2026-07-20 15:59:48
244
saiful.amri00
Saiful Amri :
silap2 sendiri yg buek...maklumlah dh xdo isu nk bantai..🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-07-20 13:19:47
242
razaly92
razaly78 :
entah2 org ph yg buat tu,
2026-07-20 12:47:47
129
zaf7254
zaf :
Cctv please?
2026-07-20 22:17:39
1
j3bat8
J£bat :
sendiri buat, sendiri bakar, sendiri viral.. 😂😂
2026-07-20 12:05:52
115
userzbznv9cqmn
𝑫𝑨𝑼𝑺 𝒏 𝑬𝑰𝑵𝑨 :
dia yg pasang dia jgk yg buat,,dh biasa😏
2026-07-20 14:42:29
62
joerizaali622
Joerizaali :
tanda2 BN akan melingkup...aminn
2026-07-20 13:24:26
83
ameena_mmy
meena :
inilh sikap org bn dri dulu sampai skrg .. hati dh goyang
2026-07-20 12:05:32
36
zannah0906
Zannah :
ni org yg sakit hati dgn PH🤨
2026-07-21 00:01:46
20
chikus25
chiku4624 :
ph buat politik lama' sendiri buat kata dekat parti lain😂😂😂
2026-07-20 12:19:15
87
nur.azwa1
Nur azwa :
orang ph yang buat ni
2026-07-20 12:20:10
29
din223525
DIN cc :
Itu taktik Lama,semua dah tahu ,org dia buat sendiri,alasan org khianati.
2026-07-20 15:02:24
15
zainquedin
werewolf :
guna lah modal baru ..rakyat dah tahu dah 🤣
2026-07-20 13:26:38
25
4yamhutan
Ramli :
jgn nk cakap org lain yg buat....kadang kadang org ph yg khianat sbb tiada bayaran
2026-07-20 14:45:46
17
mhd_faizol
Zul✖️🔵🔴 :
sendiri buat sndiri viral 😂😂😂
2026-07-20 13:30:09
46
elhanhashim
elhan_hashim :
sendiri buat lps tu ambik gambar 🤣
2026-07-20 12:18:51
16
pemuda.kg.pasir.l
Pemuda Kg Pasir Lama :
pengalaman kami di Johor, mereka dah pasang dan mereka tinggal. mereka tak jaga setiap hari sampai hari pilihan raya pun. berbeza dengan biru yang pasang dan berkempen sememangnya kerana semangat dan tanggungjawab. team biru menjaga dan memelihara bahan kempen sehingga tamat pilihan raya. itulah jurang perbezaan antara orang yang ingin menjaga rakyat dengan individu yang hanya tahu cakap, mengkritik dan berdebat.
2026-07-20 14:58:27
8
nesloaiz
Neslo Aiz :
Sendiri buek ni.. Boleh pulak api baru nyalo tp dio dah sampai situ..
2026-07-20 14:23:35
47
j0e_putra
J0⃣E-PUTR@ :
bendera tu kain x tebal mana pon...kalau di bakar sekejap jew abis tapi yg pelik cmner sempat amik gambar masa api masih menyala????kalau sempat amik gmbr mesti sempat tangkap yg bakar jugak....
2026-07-20 14:06:54
60
fikripoksu
fikri :
🤣🤣🤣🤣 sendiri buat sendiri yg viral kata khianat
2026-07-20 08:12:25
23
mohdazrin699
Mohd Azrin699 :
api masih menyala lagi pada bendera masa di Rakam , api kalau nak makan kain bendera tu sekejap je ... tak sampai 1 min dah tak nampak lagi kain tu ... PH kuat scam ....
2026-07-20 14:28:46
41
To see more videos from user @nogoripost, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About