@azamuddeennasir: Kami Jumpa Pelita Bunian! Sewaktu kami dalam perjalanan menuju ke air terjun, Nabil si anak celik memanggil saya untuk melihat sesuatu yang menarik di lantai hutan. Selepas melihat sepintas lalu, saya terus terkejut beruk kerana rupanya ia adalah sekumpulan Pelita Bunian atau Tanglung Pari-pari (Thismia sp.)! Tumbuhan ini merupakan antara tumbuhan yang paling saya impikan untuk jumpa dan kaji. Apa yang membuatkan tumbuhan ini sangat unik ialah ia seakan-akan telah "meninggalkan" ciri tumbuhan biasa dan kelihatan seperti cendawan. Walaupun ia masih merupakan tumbuhan, Thismia tidak mempunyai daun, tidak mempunyai klorofil untuk menjalankan fotosintesis dan tidak menghasilkan makanan sendiri seperti kebanyakan tumbuhan lain. Sebaliknya, tumbuhan ini bergantung sepenuhnya kepada hubungan dengan kulat di dalam tanah untuk mendapatkan zat-zat. Hubungan unik ini dikenali sebagai mycoheterotrophy. Saya cukup kagum dapat melihat sendiri tumbuhan yang begitu jarang ditemui ini. Tanpa bantuan Nabil yang mempunyai penglihatan tajam dan menyedari kewujudannya di lantai hutan, mungkin kami akan terlepas daripada penemuan yang sangat istimewa ini. Sama-sama kita pelihara khazanah negara kita. @pemudaairterjun #thismia #tumbuhanunik #hutanmalaysia #biodiversiti #wildlife
sukanya tengok orang yang ada passion and love what they're doing like this. thank you for this new knowledge.
2026-07-20 13:21:35
2123
Faiz Fadzil :
best nya hidup macam ni. tapi tu la dah terperangkap dalam sistem dan jadi hamba korporat. dapat tengok video brader ni pun seronok dah.
2026-07-20 11:27:54
3440
ibnu Ropi :
saya petisyen brader dan cohort dia ni untuk jadi menteri alam sekitar dan pengarah2 kementerian.
2026-07-20 08:31:23
1533
Wildwood Ventures :
woww...amazing finding..i never know mushrooms so unique and in different shape..sy cari juga dlm kawasan sy
2026-07-20 08:37:16
492
Safwa :
mcm mana boleh jumpa kecik2 mcm tu? teliti sungguh
2026-07-20 11:28:14
1682
Niey's :
biasa nampak org campur dengan char kuey teaw
2026-07-20 11:28:12
932
Amin Aziz :
Abg minat politik tak ? Tolong jadi menteri alam sekitar bang
2026-07-20 12:30:01
416
𝐉𝐮-𝐎𝐧. :
yang ni ke bang?
2026-07-24 11:12:02
118
Rara Rantaero🌸 :
ni bru betul function msuk hutan mmgenal segala isi dalam hutan dr yg msuk
2026-07-22 11:34:09
200
Luke Mac :
saya pun nampak, nampak dalam acc maybank balance tinggal rm10 baru 21hb 🥀😔
2026-07-20 16:12:02
38
Zᴇᴩʏxʟ :
"apa kata kita perah" still ingat that moment 😭
2026-07-21 10:21:57
39
FARIS :
Best tengok orang travel dalam hutan mcm ni
2026-07-21 04:42:17
45
SukaSuki :
disebabkan abg explain smbil baring, jadinya sy kene baring jgak utk fahamkn...😅
2026-07-20 17:10:44
55
Mie :
Hebatnya ‘nilai’ sebuah ilmu pengetahuan..
2026-07-21 02:39:25
91
Aki 🦋 :
Comelnyaaa cara both of you cakap… rasa mcm tgh baca komik sains masa sekolah dulu2 🥹 keep it up guys!! Tolong jgn stop buat content gini 👏🏼👏🏼
2026-07-20 11:50:03
52
Mr Pakong :
ni betul2 suka hutan ni
2026-07-20 08:14:43
55
syaalee__ :
mcm mana abg jalan ni , memang nengok bawah je ke 😔 hebatt betulll
2026-07-20 09:23:54
238
lushileo :
dah lama tak tgk orang happy gile macam ni, tahniah laa awak jumpa pokok yang awak nak sgt...👍
2026-07-20 13:53:23
7
Cik Siti Amalina :
jarang ada program sambil baring macam ni.. ilmu baru bagi saya terima kasih 😊
2026-07-21 08:59:43
15
Mijiokai :
tbh i am really hoping to ikut expedition abe ni,dia punya passion buatkan aku imbau balik zaman aku kecik2 dulu,minat sgt hidupan dan alam sekitar (pengaruh net geo wild)
I really wanna join!
2026-07-20 10:56:39
39
[P][W][N][A][G][O][T][C][H][I] :
wow ilmu... tq bro... ciri2 tumbuhan ni sangat mahal..
2026-07-20 10:33:43
56
Kyz :
alasan aku ambik sub geo sbb bnyk benda alam semula jadi boleh explore
2026-07-20 12:40:16
7
fatihah akmar :
Bang mmg akan terus landing laying dkt situ ke 😭
2026-07-20 15:16:38
8
To see more videos from user @azamuddeennasir, please go to the Tikwm
homepage.