@meezanberry: RESEPI SERI MUKA DURIAN💛 Resepi bajet,mudah dan sedap. 1 KOTAK KECIL SANTAN KARA (200ml) 📌Formula: Tuangkan satu kotak kecil santan ke dalam jug,kemudian tambahkan dengan 2+1/4 cawan air. Jadi total air santan yang kita dapat adalah 3+1/4 cawan santan atau bersamaan dengan 650ml santan. 📌Kita mulakan dengan menyediakan adunan durian terlebih dahulu.Tujuannya adalah bagi membolehkan adunan direhatkan lebih lama untuk mengurangkan gelembung udara yang terhasil dari blender dan supaya kita boleh menghasilkan permukaan kuih yang lebih licin. LAPISAN DURIAN💛 ✔️1 biji telur ✔️1 sk esen vanilla(optional) ✔️1/2 cawan gula pasir(95g) ✔️sedikit garam(2g) ✔️2 cawan santan(ambil dari jug) ✔️1/2 cawan tepung gandum(50g) ✔️3 sb tepung jagung(30g) ✔️1/4 cawan isi durian(60g) *Untuk sukatan resepi ini jgn bagi extra durian ye. Nanti boleh menyebabkan kuih jd sangat lembik. ✔️Pewarna kuning CARA-CARA: 📌Blendkan kesemua bahan2 di atas sehingga halus,kemudian tuangkan kedalam sauce pan dan ketepikan dahulu untuk di rehatkan. 📌Seterusnya kita beralih kepada memasak beras pulut. 🍚LAPISAN PULUT ✔️1+1/2 cawan beras pulut(300g) ✔️1+1/4 cawan santan*(baki dari jug) ✔️1 sk garam(7g) ✔️1 sb gula pasir (19g) ✔️Sehelai daun pandan CARA-CARA: Gunakan loyang saiz 7 inci. 📌Sediakan beras pulut yang sudah di basuh bersih dan sudah di rendam sekurang-kurangnya sejam.Toskan dahulu selepas di rendam. 📌Kemudian satukan semua bahan di atas,kemudian kukuskan beras pulut selama 30 minit atau sehingga betul-betul masak. 📌Setelah pulut masak,keluarkan dahulu nasi pulut dari loyang,kemudian lapikkan loyang dengan plastik PP(polypropylene) dan sapukan nipis minyak ke atas plastik. Kemudian masukkan lagi nasi pulut kedalam loyang,tekan2 sehingga mampat dan kemas. Kemudian masukkan lagi kedalam pengukus,dan tutupkan tudung pengukus. Didihkan air siap2 ye. 📌Sambil tu,panaskan sekejap adunan durian atas dapur,sehingga sedikit pekat sahaja.Awas,jangan sampai terlalu pekat dan berketul-ketul. Nanti permukaan kuih kita jadi berbonggol tak rata. Dah mula memekat, segera matikan api. 📌Setelah itu,bukak tudung pengukus,terus tuangkan ke atas pulut dalam pengukus. Kukuskan kuih kita selama 15-20 minit dengan api paling kecil. Kalau menggunakan pengukus yang agak besar,boleh gunakan api sederhana. 📌Dah masak nanti,permukaan kuih memang agak berair sedikit,masa bukak tudung pengukus,tapi jangan risau,korang boleh dap2 sikit dengan tissue dapur,atau kautkan slow2 dengan sudu. Dah sejuk nanti permukaan kuih akan mengering sendiri.Sebagusnya balut tudung pengukus dengan kain ye. 📌Pastikan kuih dah dingin baru start potong. 😉Korang kalau nak guna 2 kotak santan atau santan fresh pun boleh. Terpulang kepada poket masing2.
MeezanBerry
Region: MY
Monday 20 July 2026 10:11:28 GMT
Music
Download
Comments
AmieraRBB :
klau buat kuih ikot resepi sis ney semua menjadi..tq bgi resepi yg mudah..moga murah REZEKI selalu
2026-07-22 01:46:24
4
rosnahjamil0 :
Tq resepi
2026-07-27 09:59:32
0
lesung batu :
loyang bape inci sis
2026-07-24 00:14:17
0
House Of Doughnuts Gombak :
ikut resepi ni sebiji2😍
2026-07-20 12:31:01
2
NORLIESYA :
dh bnyk cuba rsepi sis..alhmdllh..smua mnjdi..tpi jgn drhka rsepi..tq sis..
2026-07-27 08:26:02
0
Mulan :
sy share halal kan tq
2026-07-26 22:36:15
0
Aini :
assalamualaikum.good morning 🥰🥰🥰
2026-07-27 01:18:57
0
nyaros :
sedap tu tq
2026-07-24 04:58:56
0
Salmahahmad :
sedap t.kasih
2026-07-23 14:22:31
0
SUNFLOWER :
share ŕesepi....tk
2026-07-24 10:54:41
0
DAMIT KEN 9256 :
2026-07-24 02:53:54
0
diah :
2026-07-25 18:33:51
0
Maznah Nah :
sedap nya kuih seri muke durian
2026-07-23 14:02:56
0
Wann❤️ :
saya share yerr.. tq🥰🥰
2026-07-23 12:40:30
0
La.Fleur.Rosé :
cantikkkk sgt hasil kuih sis🥰🥰🥰seri muka kuih fav sy🥰
2026-07-23 14:54:05
0
Mainah Mai :
👍👍👍😍🥰🥰🥰
2026-07-25 15:49:19
0
Che rokiah Desa :
😳😳😳
2026-07-25 12:18:58
0
ct :
😳😳😳
2026-07-25 09:11:34
0
Faizah :
👍👍👍👍👍
2026-07-25 01:41:45
0
@PutriyyYasmin 73 🦋🦋🦋 :
🥰🥰😋
2026-07-25 01:21:43
0
eriknoel99 :
👍👍👍
2026-07-24 23:31:06
0
Nursayang :
🥰🥰🥰
2026-07-24 00:45:23
0
Zee Zila917 :
🥰🥰🥰🥰
2026-07-23 19:57:12
0
Rosita Othman :
🥰🥰🥰
2026-07-23 13:15:49
0
✨🅚🅔🅢🅥🅐🅝-🅚🅐🅥🅘🅝✨ :
🥰🥰🥰
2026-07-25 16:04:18
0
To see more videos from user @meezanberry, please go to the Tikwm
homepage.