@iiiskandar_6: PMX MOHON KEPERCAYAAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN, TERUSKAN PENTADBIRAN BERSIH & STABIL Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan kepercayaan kepada HARAPAN demi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti. Mandat yang kukuh penting supaya segala perancangan pembangunan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat. Di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Utama Aminuddin Harun, Negeri Sembilan terus mengutamakan tadbir urus yang baik serta kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan. Kestabilan politik adalah asas kepada kemajuan negeri, dan pilihan rakyat hari ini akan menentukan masa depan Negeri Sembilan untuk tahun-tahun akan datang. #NegeriSembilan #MalaysiaMADANI #AnwarIbrahim #HARAPAN #fyp