@ohmedia: Perbuatan menyebarkan maklumat bil telefon peribadi milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming di media sosial boleh menjadi kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata aduan berhubung kebocoran data yang dimuat naik di Threads itu merupakan perkara yang membimbangkan. Menurut Fahmi, beliau sudah bertemu wakil syarikat telekomunikasi terbabit yang memaklumkan sedang menghubungi Khairul Aming berhubung isu tersebut. #ohmedia #ohtidak #ej