@ohmedia: K!DZ Pop Con Asia 2026 berjaya menarik ribuan keluarga, kanak-kanak dan peminat pop culture sepanjang acara dua hari di Sands Expo & Convention Centre, Singapura pada 23 hingga 24 Mei lalu. Dianjurkan oleh Generation Experience Pte Ltd, acara itu menampilkan pelbagai aktiviti seperti bengkel kreatif, persembahan pentas, zon permainan interaktif, sesi bertemu maskot, storytelling dan pertandingan cosplay kanak-kanak yang menjadi antara tarikan utama. Penganjur berkata sambutan memberangsangkan membuktikan permintaan tinggi terhadap acara pop culture berfokuskan keluarga di Asia dan berhasrat mengembangkan platform itu pada masa depan. Mereka turut mengumumkan Singapore Comic Con akan kembali berlangsung pada 4 hingga 6 Disember 2026 di Marina Bay Sands. #ohmedia #ma
Oh! Media
Region: MY
Tuesday 21 July 2026 14:35:29 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ohmedia, please go to the Tikwm
homepage.