@oum.saad699:

شهيوات f
شهيوات f
Open In TikTok:
Region: MA
Tuesday 21 July 2026 17:18:13 GMT
156
30
10
1

Music

Download

Comments

reda59366
reda 🙏🙏 :
تكيس عليا قلبي هشيش ميستحملش هدشي
2026-07-21 21:11:28
1
mondedaloevera
mondedaloevera :
🥰🥰🥰
2026-07-21 21:38:43
1
azizelmaliyani
👑Aziz Elmaliyan👑i :
🥰🥰🥰
2026-07-21 19:38:41
1
mansouri.omar0
Mansouri Omar :
🥰🥰🥰
2026-07-21 17:59:22
0
mondedaloevera
mondedaloevera :
♥️🥰♥️🥰♥️🥰♥️🥰
2026-07-21 21:38:54
2
To see more videos from user @oum.saad699, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa simpati terhadap pertikaian tanah yang sedang dihadapi masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot, Maran. Memetik laporan Bernama, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mej Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, baginda sentiasa mengikuti perkembangan isu berkenaan dan memahami kebimbangan serta kesukaran yang dihadapi masyarakat Orang Asli di kawasan itu. Menurut beliau, pada pandangan Tunku Azizah, masyarakat Orang Asli bukan sahaja sebahagian daripada rakyat negeri Pahang, malah memiliki kedudukan yang amat istimewa di hati baginda. “Menerusi kajian tesis yang sedang disiapkan oleh baginda ketika ini, peranan Orang Kita (Orang Asli) adalah mustahak dalam kemajuan negeri sejak dahulu lagi. Justeru itu, kesejahteraan dan masa depan mereka sentiasa menjadi antara perkara yang diberikan perhatian oleh baginda,” katanya. Sebagai tanda kasih sayang dan tanggungjawab terhadap masyarakat Orang Asli, Tunku Azizah turut menawarkan penempatan kepada mana-mana keluarga dari Kampung Sungai Cot yang memerlukan tempat tinggal untuk berpindah ke tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran. Mohamed Zahari memaklumkan, baginda turut memberi jaminan bahawa masyarakat Orang Asli tidak perlu bimbang mengenai masa depan mereka sekiranya menerima pelawaan tersebut. “Sekiranya pada masa hadapan tanah milik baginda di Kuala Wau itu dibangunkan, Tengku Ampuan Pahang akan memastikan masyarakat Orang Kita (Orang Asli) yang menetap di situ akan terus mempunyai tempat tinggal dan tidak akan dipinggirkan. Mereka akan terus dibela dan boleh tinggal di kawasan tersebut,” kongsinya. Beliau menjelaskan, titah baginda itu bukan hanya ditujukan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot semata-mata. “Mana-mana masyarakat Orang Kita (Orang Asli) yang memerlukan tempat berteduh atau penempatan baharu juga dipersilakan untuk tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran setelah mendapat perkenan baginda dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa,” kongsinya. Menurut Mohamed Zahari, baginda berharap pelawaan tersebut mampu memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan, di samping memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli terus dipelihara tanpa mengira latar belakang atau keadaan. Dalam masa sama, Tunku Azizah menyeru semua pihak yang terlibat agar mengutamakan semangat permuafakatan, saling menghormati dan berunding secara berhikmah bagi mencari penyelesaian yang adil serta menjaga kepentingan semua pihak. Sementara itu, isu pertikaian tanah membabitkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung isu tersebut memandangkan perkara itu berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

About