@rush.kini: Seorang remaja lelaki dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu di sebuah residensi di Cheras, Kuala Lumpur, pada awal Julai lalu. Menurut polis, empat remaja lelaki tempatan berusia 14 tahun telah ditahan dan direman bagi membantu siasatan. Sebuah telefon bimbit milik salah seorang suspek yang dipercayai digunakan untuk merakam kejadian turut dirampas. Ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami keretakan tengkorak, pendarahan dalam kepala serta pendarahan pada telinga kanan akibat serangan tersebut. Rakaman yang tersebar di media sosial pula didakwa menunjukkan mangsa dipukul dan dijatuhkan ke lantai. Laporan polis dibuat pada 5 Julai, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. Motif kejadian serta hubungan antara mangsa dan suspek masih dalam siasatan. Kredit video: @anih_zang #Cheras #KesBuli #RemajaCedera #Jenayah #rushkini