@radieah_mohdnor: Kenapa cari problem dalam problem statement? Kan dah susah. Problem Statement atau Penyataan Masalah sebenarnya bukan tempat kita nyatakan "masalah" tetapi lebih tepat ia adalah tempat untuk bangkitkan isu atau tempat kita membangkitkan keistimewaan dan keunikan kajian kita sehingga kajian itu kalau kita tidak lakukan ia memberi implikasi atau kerugian besar kepada sesetengah pihak -- negara, agensi, institusi dan lain-lain. Jadi "big why" kita, mengapa penting kita lakukan kajian itu, ditulis di sini. Contoh, penyataan masalah daripada tesis saya sendiri -- kajian berkaitan Khalifah Umar bin Abdul Aziz tangani kemiskinan penting untuk dilakukan kerana tidak ada satu zaman pun ahli sejarah menyatakan kemiskinan itu dapat ditangani dengan baik kecuali zaman beliau. Sudah tentu kena kaji, apa yang beliau buat sehingga tidak ada rakyat mahu menerima zakat? Formula semasa era pemerintahan beliau perlu dikaji dan adakah formula yang sama boleh diguna pakai pada zaman ini? Kalau boleh, bagaimana? Kalau tidak boleh, mengapa? Senang je kan? Sebab saya tidak cari masalah. Saya cari keunikan dalam kajian saya. Jadi jangan cari masalah. Hidup kita ni dah berselirat dengan pelbagai masalah. Awat masa buat Master/PhD pi cari masalah lagi? Carilah keistimewaan dan keunikan dalam kajian kita. Percayalah anda akan jatuh hati dengan tesis anda itu berkali-kali sebab ia teristimewa, ia unik dan ia berbeza berbanding yang lain. Sampai sekarang saya masih jatuh hati dengan tesis saya walaupun dah lebih 10 tahun saya naik ke atas pentas konvokesyen. Sebab tesis itu terlalu istimewa 🥰 ------- Minggu ni saya terima lagi tesis untuk dinilai. Seingat saya ini kali kedua saya nilai tesis dalam bahasa Melayu. Seronok tak terkata 😝

Radieah
Radieah
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 22 July 2026 04:00:32 GMT
2734
124
9
14

Music

Download

Comments

salasusalwa
salasusalwa :
bagus penerangan nie, rasa lega sikit hati saya. terima kasih
2026-07-23 00:27:41
1
1ucky_star
lucky_Star :
saya dengan problem statement memang ada problem😂 problem yang problem🤣🤣
2026-07-22 04:16:25
0
tokngulu22
Fazly :
SV sy ckp kenapa/apa yg idealnya DV awk tu? penting sngt ke? & ada problem ke kalau x ambil berat pslnya..haa, kat situ problem statement 🤔🤔🤔
2026-07-24 07:48:06
0
ayuayumi8504
IDAYU :
🌹🌹🌹
2026-07-22 06:16:09
0
akaca2020
akaca2020 :
😂😂😂
2026-08-07 18:44:48
0
To see more videos from user @radieah_mohdnor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About