@jimselangor: Replying to @sembang kemasss @Outstanding Red @IMIGRESEN SELANGOR 2 @IMIGRESEN SELANGOR @PJ CITY COUNCIL 26 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU BERSAMA MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA PETALING JAYA, 22 JULAI 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melaksanakan Operasi Bersepadu melibatkan Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Kutip di sekitar daerah Petaling Jaya. Operasi yang bermula pada jam 8.00 pagi itu melibatkan seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor dan 50 pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Operasi dijalankan hasil risikan, aduan awam dan pemantauan berterusan terhadap premis-premis perniagaan serta kawasan tumpuan warga asing. Sepanjang operasi dijalankan, seramai 53 orang telah diperiksa melibatkan warga tempatan dan warga asing. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 26 warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Selain itu, sebanyak tujuh (7) saman saksi telah dikeluarkan dan lima (5) majikan turut diambil tindakan bagi membantu siasatan. Pemeriksaan telah dijalankan di beberapa premis makanan, premis perniagaan, gerai penjaja, kawasan penjaja bergerak dan pusat komersial di sekitar Petaling Jaya. Warga asing yang ditahan terdiri daripada warganegara Myanmar, Indonesia dan India. Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama. Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut. Tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi penguat kuasa lain bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI), mengesan majikan yang menggaji warga asing tanpa dokumen yang sah serta memastikan pematuhan terhadap Akta Imigresen 1959/63. Orang ramai turut diseru agar menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan pematuhan terhadap undang-undang negara. NOTA MAKLUMAN: *Paparan ini merupakan sebahagian daripada proses operasi dan pemeriksaan penguatkuasaan Jabatan. Individu yang diperiksa atau dibawa untuk tujuan semakan tidak boleh dianggap telah melakukan kesalahan semata-mata berdasarkan paparan ini. Status setiap individu tertakluk kepada pengesahan dokumen, siasatan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Tindakan selanjutnya hanya akan diambil berdasarkan hasil semakan dan siasatan berkenaan* #jimselangor #imigresenmalaysia #pati #pjcitycouncil #mbpj
IMIGRESEN SELANGOR
Region: MY
Wednesday 22 July 2026 14:13:46 GMT
Music
Download
Comments
Izzadeen :
Klu imgresen ni jujur amanah xmkn rsuah dah lama pati xwujud… ni tngkp tpi msih ramai mcm tkde tangkpan
2026-07-22 22:35:02
196
aziey77 :
harini tangkap esok lepas muka yg sama nampak ada lg😂😂😂
2026-07-22 21:42:14
290
Azhar Pok Yaa.. 😎😎 :
Lakonan je.... Kononnya buat kje dn bertindak atas orng atasan, pastu esok lusa ade balik muka2 yg kena cekup...
2026-07-22 19:00:29
117
insan terahir19_4 :
jgn tangkap lepas plk ye
2026-07-22 14:49:53
96
gillsingh074 :
Good job sir 👍
2026-07-23 00:32:40
1
SIVALINGAM 8435 :
pbt good job 👍👍👍
2026-07-23 01:56:29
0
mamaqistina :
cuba permudakan buat permit dan harga tu jgn melampau sampai nk buat permit tu 9k utk tempoh 1 th.fikir2 lh sampai bila2 pon tk settle masalah ni
2026-07-22 17:37:47
77
Abu maas :
good jop
2026-07-23 04:45:45
0
yat :
good job
2026-07-22 23:12:44
1
Ivan Tam :
Hari ni tangkap, esok lepas balik 👍👍👍
2026-07-22 16:24:05
30
🏃♀️➡️💞Wong Jawe💞🏃♀️ :
nape hari² oprasi pun banyak trs xde abs².
2026-07-22 15:16:37
39
Ahmad651106 :
Asalammualaikum Tuan,kompleks pasar besar jalan meru BLOK A,B,C dan D dan kedai PKNS 2 & 4 tingkap,taman meloh jalan meru bila mau operasi,sudah lama complain,tak de ambil tindakan pun.
2026-07-23 02:23:18
14
GG_Longkai77 :
knp bila aku buat nak buat aduan susah btl diorg nk angkat call
2026-07-22 16:04:45
30
Siva DC :
Puchong sebelum lorry van sampai dia org dah tau info😂😂😂 mcm mane eh😂😂😂
2026-07-23 00:08:31
12
Ati 🤗🥰🇲🇾🇲🇾💙 :
Good job@jim 🇲🇾💪💪👍👍👍
2026-07-22 16:12:50
3
free Palestine :
Terbaik Imigresen
2026-07-23 00:01:33
3
Fauzi LC :
Salah guna pas kerja pas lawatan itu yg BERLAMBAK.. Pinda akta dan hukuman
2026-07-22 16:46:05
18
who ? :
cuba permudakan buat permit dan harga tu jgn melampau sampai nk buat permit tu 9k utk tempoh 1 th.fikir2 lh sampai bila2 pon tk settle masalah ni mane pikiranmu imigresen
2026-07-23 01:14:49
3
PutraSyah :
untuk nasib ko orang bagus,cuma kalau kalian di posisi mereka pasti keluarga kalian juga menangis melihat nya karna demi mencari rejeki
2026-07-22 15:44:42
11
Gaaplek oppo :
kenapa majikan tak kena tangkap pulak, kalo majikan yang ditangkap sudah pasti x ada pati..
2026-07-23 00:25:04
21
realmi7i :
org bawahan kerja tkp.atasan bagi masuk..bila nk selesai daaaa
2026-07-22 15:17:32
13
iZ@Jo :
sy ade buat aduan..tpi x de ape2 tindakan pon..
2026-07-22 16:01:01
7
yakuza :
selamat kan negara kami Malaysia encik kami anak Malaysia merayu 🇲🇾🙏🏻🙏🏻🙏🏻
2026-07-22 15:48:38
6
wongjowo :
apahal ada permit kena tangkap pulak,ujung2 kena denda hadehhh
2026-07-23 00:46:10
0
RAZALI 1883 :
kadang2 menyampah plak tengok lakonan mcm ni..... tangkap2 esok muka yg sama ada semula dkt tempat ditangkap..... hairan aku, dia tangkap bayang2 ke apa😂😂😂😂😂
2026-07-23 05:06:53
3
To see more videos from user @jimselangor, please go to the Tikwm
homepage.