@madaninomics: Tua Lembaga Waris di-Darat Luak Sungei Ujong, YM Dato' Andulika Mandalika Zainol Ariffin bin Ibrahim, mengeluarkan kenyataan media pada 18 Mac 2026 memaklumkan bahawa Mubarak bin Thahak diberhentikan sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-10. Menurut kenyataan itu, pemberhentian dibuat selepas Mubarak didapati bersalah melanggar hukum syarak dan adat purbakala pada kerapatan pada 1 April 2025. Waris di-Darat memohon Dewan Keadilan dan Undang mewartakan pemberhentian itu selaras Fasal 14(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. #NegeriSembilan #adat #mubarakdohak #undangsungaiujong