@kuasamelayubangkit: Ironi apabila cadangan nama Perikatan Barisan Nasional kerjasama antara BN dan PN itu datang daripada Hamzah Zainuddin. Beliau merupakan antara pemimpin yang meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional sebelum menyertai Bersatu. Beliau merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam perubahan landskap politik yang membawa kepada kejatuhan Kerajaan BN pada 2018 dan pembentukan gabungan politik baharu selepas itu. Kini apabila beliau sendiri yang ‘memberi’ cadangan nama gabungan parti itu, pasti timbul persoalan mengapa nama dan jenama BN mahu digunakan sedangkan sebelum ini BN sering dikritik dan ditinggalkan? Rakyat mula menilai sama ada cadangan ini benar-benar demi kepentingan negara atau sekadar strategi politik untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya. #BarisanNasianal #PerikatanNasional #PRNNegeriSembilan #HamzahZainuddin