Blackkiy27 :
Tolong sedekah kan Al-Fatihah kepada makcik saya bru 2 hari lepas iaitu 24/7/26 meninggal dunia dibumi mekah selepas menunaikkan umrah bersama keluarga tersayang..Makcik saya adalah seorang wanita yang sangat kuat.Dia seorang ibu yang sangat penyayang danmahukan terbaik buat anak-anaknya dan keluarganya, Walaupun beliau merupakan anak paling bongsu dalam keluarga, namun dialah yang sering menjadi "PENGUAT" kepada kakak-kakaknya yang tidak berkahwin. Beliaulah tempat mereka mencari kekuatan, tempat mereka mengadu dan bersandar. Sepanjang hidupnya, dia sentiasa mengutamakan kebahagiaan ahli keluarga, berkorban tanpa mengharapkan balasan, dan melakukan yang terbaik buat insan-insan yang disayanginya. Pemergianya meninggalkan kesan yang amat mendalam buat seluruh keluarga. Kehilangan seorang insan sekuat dirinya bukanlah sesuatu yang mudah diterima. Namun kami reda dengan ketentuan Allah dan percaya bahawa segala kebaikan, pengorbanan dan kasih sayang yang telah beliau curahkan akan menjadi amal yang mengiringinya Allah SWT telah memilih beliau menjadi tetamu-Nya. Setelah selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Allah menjemputnya kembali dihari jumaat yang mulia. Sungguh, itu adalah satu pengakhiran yang sangat indah dan menjadi impian ramai orang.
Semoga Allah SWT menerima segala amal
ibadahnya, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya, mengurniakan syurga Firdaus buatnya, dan menghimpunkan semua bersamanya di syurga kelak. Al-Fatihah buat PENGHUNI SYURGA 🤍 SABRINA BT JAINLANI
2026-07-25 16:22:35