@quasa.rr1: Dm to be posted #bop #boptok #yungho

quasar
quasar
Open In TikTok:
Region: US
Thursday 23 July 2026 12:04:20 GMT
3742
450
7
13

Music

Download

Comments

uservaghx73alo
Ismelllpromtionnnnnn :
What’s there @
2026-07-23 16:21:34
0
izaac.b1
Izaac B :
Who is she?
2026-07-23 13:28:10
0
ericross39
Eric Ross :
Damm they are so gorgeous an sexy thick asf 😍😍😍😍😍😍
2026-07-23 12:06:03
1
tradespics
Connor :
Can I crack?
2026-07-24 03:18:14
0
tradespics
Connor :
Damn DM me baddie
2026-07-25 18:11:54
0
To see more videos from user @quasa.rr1, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Leftenan Adnan pada awal kehidupan seorang pejuang Leftenan Adnan dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, pada tahun 1914. Ayahnya bernama Saidi Sutan Bendahara, dan ibunya pula Raibah Raja Nan Kaya. Ketika Leftenan Adnan baru berusia setahun, keluarganya berhijrah ke Malaya dan menetap di Bangi, Selangor selama beberapa tahun sebelum berpindah ke Kampung Sungai Ramal. Di Kampung Sungai Ramal, Pak Saidi dan Raibah dikurniakan lima orang anak: seorang perempuan, Fatimah, yang lahir pada tahun 1917, dan empat lelaki, iaitu Ahmad pada tahun 1922, Hashim pada tahun 1925, Amarullah pada tahun 1928, dan Dahlan pada tahun 1932.
Leftenan Adnan pada awal kehidupan seorang pejuang Leftenan Adnan dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, pada tahun 1914. Ayahnya bernama Saidi Sutan Bendahara, dan ibunya pula Raibah Raja Nan Kaya. Ketika Leftenan Adnan baru berusia setahun, keluarganya berhijrah ke Malaya dan menetap di Bangi, Selangor selama beberapa tahun sebelum berpindah ke Kampung Sungai Ramal. Di Kampung Sungai Ramal, Pak Saidi dan Raibah dikurniakan lima orang anak: seorang perempuan, Fatimah, yang lahir pada tahun 1917, dan empat lelaki, iaitu Ahmad pada tahun 1922, Hashim pada tahun 1925, Amarullah pada tahun 1928, dan Dahlan pada tahun 1932. "Dari kecil lagi, Leftenan Adnan sudah menunjukkan sikap yang tegas. Jika ada di antara kami yang melakukan kesalahan, beliaulah yang akan marah. Jika beliau berpesan untuk tidak melakukan sesuatu, adalah lebih baik kita mengikut perintahnya," kata Encik Amarullah lagi. "Jika difikirkan, perwatakan Adnan dan bapa kami amat serupa. Keduanya tegas dan berdisiplin dalam segala perkara yang dilakukan." Leftenan Adnan bin Saidi menjalani pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Sungai Ramal, yang membentuk asas ilmu pengetahuannya. Setelah itu, beliau berkhidmat sebagai guru pelatih di sekolah yang sama selama setahun. Selain itu, Adnan juga pernah melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah agama di Jenderam selama dua tahun, menunjukkan semangatnya untuk menambah pengetahuan dan pendidikan. Memasuki usia remaja, pada umur 17 tahun, Adnan membantu ayahnya menoreh getah dan menguruskan rumah asap yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka. Dalam tempoh ini, beliau juga aktif dalam seni mempertahankan diri dan bermain bola sepak, menunjukkan bahawa selain daripada memberi tumpuan kepada pekerjaan, beliau juga mementingkan penyertaan dalam aktiviti fizikal dan sosial. Menceritakan tentang abangnya, Leftenan Adnan, Encik Amarullah Saidi berkata, "Abang saya pernah ditawar untuk menjadi seorang guru kerana kecemerlangannya dalam pelajaran." Namun, jelasnya, "Tetapi beliau lebih cenderung untuk masuk ke dalam tentera kerana beliau gemarkan disiplin yang ketat. Beliau memang seorang yang tegas dan tidak suka menangguhkan pekerjaan." Encik Amarullah juga menambah, "Ibu saya pernah menceritakan bahawa abang saya tidak akan berubah fikiran setelah membuat keputusan. Malangnya, pilihan untuk menyertai tentera itulah yang meragut nyawanya." Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Leftenan Adnan menyertai Pasukan Askar Melayu. Adik-beradiknya juga menunjukkan kecenderungan untuk berkhidmat kepada negara. Ahmad, salah satu adik Leftenan Adnan, menyertai Tentera Laut di Singapura, tetapi malangnya terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Amirullah, yang juga merupakan adik beliau, menyertai Tentera British selepas perang, manakala adiknya yang lain, Dahlan, berkhidmat dalam pasukan polis. Selepas pulang dari London, di mana Allahyarham Adnan menyaksikan perbarisan sempena penobatan Raja Inggeris, King George VI pada tahun 1937. Kelihatan Sarjan Adnan Saidi dengan bersama dua rakannya di Majlis Perayaan dan Pertabalan King George VI dan Ratu Elizabeth di London pada 20 Mei 1937. Sarjan (kemudian Leftenan) Adnan adalah seorang daripada empat wakil Kontijen Askar Melayu yang dipilih untuk menyertai 200 tentera negara-negara di bawah jajahan British untuk upacara perbarisan hormat Diraja. Dikisahkan Sarjan Adnan Saidi sempat membeli sebentuk cincin berlian di London untuk buah hatinya di kampungnya Sungai Ramal, Kajang yang dikahwininya selepas pulang dari London.
September 1949 : Tawaran pengampunan kepada pengganas Komunis Pada 6 September tahun 1949, Kerajaan Tanah Melayu telah menawarkan penyerahan diri beramai-ramai kepada anggota-anggota Parti Komunis Malaya yang bergerak ganas menentang Kerajaan melalui pertubuhan militannya yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA). Tawaran penyerahan diri ini telah dibuat melalui siaran radio dalam satu pengumuman tengah malam dan juga penyebaran beribu-ribu risalah yang ditulis dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Strategi perjuangan Parti Komunis Malaya telah mula bertukar corak pada awal tahun 1948 berikutan dengan perubahan dasar Cominform yang tertubuh pada awal tahun 1947. Pada bulan Mac 1948, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya sejajar dengan arahan-arahan Cominform telah bersidang dan mengambil keputusan untuk melaksanakan dasar baru dan mula menjalankan kempen pembunuhan dan keganasan yang akan membawa kepada revolusi bersenjata. Pada bulan April dan Mei 1948, PKM telah menganjurkan beberapa siri permogokan di Singapura yang dengan segera merebak ke Persekutuan Tanah Melayu. Pemogokan-pemogokan itu disertai dengan ugutan kepada pekerja- pekerja, pembakaran kilang-kilang getah dan pembunuhan para kontraktor, pengurus-pengurus ladang dan black-legs. Kebanyakan kegiatan itu dilakukan oleh 'Kor Bergerak' (Mobile Corps) yang telah ditubuhkan daripada satu seksi sulit Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA). Di samping itu PKM juga telah menggerakkan seksi 'terbuka' (open section MPAJA untuk memujuk mereka yang bukan komunis dan lari daripada rejim pendudukan Jepun supaya masuk ke hutan belantara untuk menyertai perjuangan parti itu. Pada tengah malam 20 Jun 1948 Undang-Undang Darurat telah diumumkan. Pada 23 Julai 1948 , kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya. Oleh itu PKM bergantung sepenuhnya kepada perjuangan bersenjata untuk mencapai cita- cita perjuangannya. MPAJA yang mula dipergiatkan semula itu telah ditukarkan namanya kepada MPABA atau Malayan People's Anti-British Army dan kemudiannya menjadi Malayan Faces Liberation Army (MRLA) yang menjadi pasukan bersenjata Parti itu. Kegiatan-kegiatan ganas MRLA tidak dapat dibiarkan oleh pihak kerajaan. Pada tahun 1949 pihak PKM menyedari bahawa perjuangan bersenjatanya untuk menjatuhkan kerajaan tidaklah mudah. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menawarkan penyerahan diri beramai-ramai kepada MRLA yang kebanyakan daripada anggota-anggotanya terpedaya atau dipaksa untuk menyertai perjuangan PKM.  Tawaran itu menjelaskan bahawa dengan pindaan undang-undang
September 1949 : Tawaran pengampunan kepada pengganas Komunis Pada 6 September tahun 1949, Kerajaan Tanah Melayu telah menawarkan penyerahan diri beramai-ramai kepada anggota-anggota Parti Komunis Malaya yang bergerak ganas menentang Kerajaan melalui pertubuhan militannya yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA). Tawaran penyerahan diri ini telah dibuat melalui siaran radio dalam satu pengumuman tengah malam dan juga penyebaran beribu-ribu risalah yang ditulis dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Strategi perjuangan Parti Komunis Malaya telah mula bertukar corak pada awal tahun 1948 berikutan dengan perubahan dasar Cominform yang tertubuh pada awal tahun 1947. Pada bulan Mac 1948, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya sejajar dengan arahan-arahan Cominform telah bersidang dan mengambil keputusan untuk melaksanakan dasar baru dan mula menjalankan kempen pembunuhan dan keganasan yang akan membawa kepada revolusi bersenjata. Pada bulan April dan Mei 1948, PKM telah menganjurkan beberapa siri permogokan di Singapura yang dengan segera merebak ke Persekutuan Tanah Melayu. Pemogokan-pemogokan itu disertai dengan ugutan kepada pekerja- pekerja, pembakaran kilang-kilang getah dan pembunuhan para kontraktor, pengurus-pengurus ladang dan black-legs. Kebanyakan kegiatan itu dilakukan oleh 'Kor Bergerak' (Mobile Corps) yang telah ditubuhkan daripada satu seksi sulit Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA). Di samping itu PKM juga telah menggerakkan seksi 'terbuka' (open section MPAJA untuk memujuk mereka yang bukan komunis dan lari daripada rejim pendudukan Jepun supaya masuk ke hutan belantara untuk menyertai perjuangan parti itu. Pada tengah malam 20 Jun 1948 Undang-Undang Darurat telah diumumkan. Pada 23 Julai 1948 , kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya. Oleh itu PKM bergantung sepenuhnya kepada perjuangan bersenjata untuk mencapai cita- cita perjuangannya. MPAJA yang mula dipergiatkan semula itu telah ditukarkan namanya kepada MPABA atau Malayan People's Anti-British Army dan kemudiannya menjadi Malayan Faces Liberation Army (MRLA) yang menjadi pasukan bersenjata Parti itu. Kegiatan-kegiatan ganas MRLA tidak dapat dibiarkan oleh pihak kerajaan. Pada tahun 1949 pihak PKM menyedari bahawa perjuangan bersenjatanya untuk menjatuhkan kerajaan tidaklah mudah. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menawarkan penyerahan diri beramai-ramai kepada MRLA yang kebanyakan daripada anggota-anggotanya terpedaya atau dipaksa untuk menyertai perjuangan PKM. Tawaran itu menjelaskan bahawa dengan pindaan undang-undang "Sebarang orang yang tela bersekutu dengan penjahat-penjahat dan menanggung kesalahan membawa senjata serta tinggal bersama-sama penjahat dan yang menyerah diri dengan sukarela, tidak akan didakwa di atas tindakan yang membawa kepada hukuman bunuh. Tiap-tiap orang yang menyerah diri dengan sukarela akan dipertimbangkan menurut keadaan masing-masing. Jika ia didakwa dan dikenakan hukuman, hukuman itu tidak lebih daripada dipenjara, atau dihantar balik ke negerinya, atau diberi peluang hidup bebas sebagai rakyat yang taatkan kepada undang-undang sekiranya ia bertaubat, dan dapat memuaskan pihak berkuasa bahawa ia telah mengikis segala niat dan pergaulan yang menceburkannya dalam keadaan sekarang, supaya ia dapat dibebaskan dengan tidak mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara.

About