@mkbrndn: Congratulations @TamingMasUMSKAL Naib Johan for Road To MAHA 2026 Semai Gembala Labuan Pertandingan Tarian Kreatif. TAJUK TARIAN: MOLA PAKAN (Semai Gembala) SINOPSIS: Tari kreatif Mola Pakan dieksplor dan digarap melalui gerak tari Kanjet Laki dan Leto etnik Kenyah berdasarkan inspirasi aktiviti masyarakat Kenyah, di Sarawak dan Kalimantan. Tari ini mempresentasikan kehidupan seharian ketika melaksanakan aktiviti mola (semai/ tanam) dan pakan (gembala/ ternak) padi bukit, lada hitam dan memelihara haiwan ternakan sebagai tolat (rezeki) utama mereka. Mola Pakan diusahakan secara bergotong royong untuk mendapatkan sumber makanan harian dan komersial masyarakat Kenyah. Aktiviti mola dan menugal benih, memasang tiang tanaman, membersih kawasan, menanam dan menjaga tanaman serta haiwan ternakan (pakan) diilustrasikan secara ringkas dalam koreografi tarian ini. Pertanian padi bukit, penanaman lada hitam dan penternakan merupakan aktiviti ekonomi penting yang bukan sahaja menjamin kelangsungan hidup masyarakat etnik Kenyah, malah turut memelihara warisan budaya, semangat gotong-royong dan hubungan mereka dengan alam sekitar. Mola Pakan sik udip mik, Kuwak-kuwak peta berkat, Mola oyan oma, jagak pakan singket tau, Mudip ngan saik cak ke g jadi adet mik. Mola Pakan kehidupan kami, Bergotong royong untuk cari rezeki, Menanam, menternak setiap hari, Hidup gembira kekal budaya kami. #Maha2026 #roadtoMAHALabuan #wilayahpersekutuankita #malaysiamadani #umskal
mikeyyyyyyyyy
Region: MY
Friday 24 July 2026 07:46:44 GMT
Music
Download
Comments
sekeping hapseng :
me proud of u guys 🫰🏻
2026-07-24 09:55:04
4
# :
penari terbaik oo
2026-07-24 09:06:07
4
ariana :
LURVEEE🫰🏻🫰🏻🫰🏻
2026-07-24 09:52:56
4
wenwen_ :
paling lurvee laini😍
2026-07-24 08:23:21
4
nasss :
congratss🥳
2026-07-26 00:25:49
1
Lee :
Clean! 🔥
2026-07-24 08:57:12
4
𝒮 :
Wahhh congrats!
2026-07-26 03:02:27
1
Elyse :
Ini best dancer niii😍
2026-07-24 09:40:48
4
adeep :
🫶🏻
2026-07-24 17:58:44
1
To see more videos from user @mkbrndn, please go to the Tikwm
homepage.