@kominfo_26: #lamineyamal #barcelona

mulyadi
mulyadi
Open In TikTok:
Region: ID
Friday 24 July 2026 14:17:51 GMT
259
28
1
1

Music

Download

Comments

To see more videos from user @kominfo_26, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

𝐓𝐨𝐤 𝐊𝐮 𝐏𝐚𝐥𝐨𝐡 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐞𝐠𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐁𝐫𝐢𝐭𝐢𝐬𝐡 Tahun 1817 Terletak di Kampung Paloh, Losong Feri, Kuala Terengganu, Makam Tokku Paloh bukan sekadar tempat persemadian biasa, tetapi simbol warisan seorang ulama agung dan pejuang Islam yang dihormati, Sayyid Abdur Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. Dilahirkan pada tahun 1817, beliau dikenali sebagai Tok Ku Paloh dan beberapa panggilan lain seperti Engku Sayyid Paloh, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu.  Tokoh ini memainkan peranan besar dalam perkembangan Islam di Terengganu dan Nusantara. Sebagai ulama sufi yang mahir dalam ilmu tasawuf, fiqh dan tafsir, beliau juga menjadi penasihat kepada Sultan Terengganu serta tempat rujukan masyarakat dalam urusan agama dan kehidupan seharian. Selain menjadi tokoh agama yang disegani, Tok Ku Paloh turut dikenang sebagai pejuang yang lantang menentang penjajahan British pada akhir abad ke-19. Beliau memberikan perlindungan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.  Pendekatannya yang bijaksana serta penuh diplomasi dalam menangani penjajahan menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam mempertahankan maruah bangsa dan agama tanpa menimbulkan pertumpahan darah. Keberanian dan keteguhan prinsip Tok Ku Paloh menjadi sumber inspirasi kepada generasi pejuang selepasnya. Kini, Makam Tokku Paloh menjadi salah satu lokasi bersejarah dan warisan penting negeri Terengganu. Terletak di atas bukit kecil berdekatan Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam, kawasan makam ini dikelilingi suasana yang tenang dan damai. Di kaki bukit terdapat sebuah surau lama yang masih digunakan penduduk setempat serta sebuah perigi yang dipercayai digali sendiri oleh Tok Ku Paloh.  Air perigi itu dianggap mempunyai keberkatan dan sering digunakan untuk tujuan penyucian. Kehadiran makam ini bukan sahaja memperingati jasa Tok Ku Paloh sebagai ulama dan pejuang, tetapi juga mengingatkan kita tentang keteguhan iman, keberanian dan kebijaksanaan dalam mempertahankan kedaulatan bangsa serta agama.

Usia 16 tahun, saya bawa enam komunis serah diri Masih segar di ingatan seorang guru agama di Kampung Bohor Baru di sini, Encik Othman Tawang, 81, detik di mana dia menjadi hero 'menawan' enam orang pengganas komunis sekitar tahun 1956. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Encik Othman berkata, walaupun peristiwa itu ketika usianya 16 tahun namun ia seolah-olah baru berlaku semalam. Menyorot kembali peristiwa pada 1956 itu, Othman berkata, dia dikunjungi seorang komunis dikenali Ah Chok di tepi sawah padi di Kampung Paya Tebing Tinggi berhampiran Sungai Pahang di sini. Lihat Juga :(Bhg 2) ASP Zabri : liku berdarah melawan pengganas Komunis Menurutnya, menjadi kelaziman setiap pagi dia membantu ayah, Tawang Mat Isa dan ibu, Meriam Kassim di sawah dan menoreh getah sebagai punca pendapatan utama keluarga mereka ketika itu. Menurutnya, dia terkejut apabila muncul seorang individu mengaku sebagai komunis bersama lima pengikutnya berhasrat menyerah diri kepada kerajaan.
Usia 16 tahun, saya bawa enam komunis serah diri Masih segar di ingatan seorang guru agama di Kampung Bohor Baru di sini, Encik Othman Tawang, 81, detik di mana dia menjadi hero 'menawan' enam orang pengganas komunis sekitar tahun 1956. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Encik Othman berkata, walaupun peristiwa itu ketika usianya 16 tahun namun ia seolah-olah baru berlaku semalam. Menyorot kembali peristiwa pada 1956 itu, Othman berkata, dia dikunjungi seorang komunis dikenali Ah Chok di tepi sawah padi di Kampung Paya Tebing Tinggi berhampiran Sungai Pahang di sini. Lihat Juga :(Bhg 2) ASP Zabri : liku berdarah melawan pengganas Komunis Menurutnya, menjadi kelaziman setiap pagi dia membantu ayah, Tawang Mat Isa dan ibu, Meriam Kassim di sawah dan menoreh getah sebagai punca pendapatan utama keluarga mereka ketika itu. Menurutnya, dia terkejut apabila muncul seorang individu mengaku sebagai komunis bersama lima pengikutnya berhasrat menyerah diri kepada kerajaan. "Saya dijadikan 'sasaran' sebagai perantara dengan polis dan dianggap selamat kerana ketika itu sedang berehat berseorangan di tepi sawah. "Walaupun dalam ketakutan dan was-was, saya bersedia membantu dengan syarat dia menulis surat untuk dibawa ke balai polis berdekatan," katanya di Kampung Bohor Baru di sini semalam. Encik Othman berkata, berdasarkan perbualan dengan komunis terbabit, mereka sudah bosan tinggal di hutan, sentiasa dalam ketakutan diburu tentera, kelaparan dan sering sakit kekurangan zat makanan. "Kami berjalan kaki kira-kira enam kilometer menyusuri jalan denai berhutan tebal berhampiran Sungai Pahang. Kira-kira 100 meter dari Balai Polis Karai, saya diminta pergi seorang diri menyerahkan surat untuk menyerah diri kepada polis di balai berkenaan. "Mata-mata pada waktu itu yang dimaklumkan hasrat komunis untuk menyerahkan diri turut terkejut dan meminta saya merampas senapang jenis raifal yang berisi enam peluru yang dibawa oleh Ah Chok. "Setelah berpuas hati, enam komunis itu diberi makan sebelum dibawa menaiki bot polis ke Kuala Bera. Dari sana mereka menaiki trak ke Temerloh. Saya turut serta ke Temerloh sebagai saksi dan semua urusan dokumentasi siap sekitar pukul 5 petang," katanya yang juga bekas Ketua Kampung Bohor Baru.

About